Operasi pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru telah ditangguhkan berkuatkuasa hari ini
Dengan lanjutan sehingga hujung bulan ini di atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya sahkan PM telah mengarahkan operasi pengosongan Kampung Sungai Baru ditangguhkan, yang sepatutnya diadakan hari ini.
“Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga memberi arahan bahawa penduduk diberi tempoh sehingga 31 Okt tahun ini.
Ini adalah lanjutan, yang sebelum ini mereka diberi tempoh sehingga 19 Okt untuk pindah keluar.
“Kami harap Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres & Flat Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur meneruskan rundingan dalam tempoh yang diberi. Mereka juga dialu-alukan sekiranya mempunyai cadangan alternatif,” Azman Abidin yang merupakan setiausaha politik politik perdana menteri dipetik berkata oleh Malaysiakini.
Pagi ini sekumpulan wakil agensi kerajaan dan pihak pemaju bersama trak polis datang untuk menampal notis pengusiran dan pengusiran tersebut dipercepatkan.
Proses pengambilan tanah Kampung Sungai Baru telah bermula sejak 2016 dan terpaksa dibuat untuk proses pembangunan semula dan ia melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru.
Azman sebelum ini berkata pengambilan tanah tersebut dibuat dengan mengambil kepentingan majoriti penduduk yang telah pun berpindah keluar dan menunggu rumah baru.
Sumber: https://harapandaily.com/pengusiran-penduduk-kampung-sungai-baru-telah-ditangguhkan-atas-arahan-pmx/