Anwar akui Agong minta perjelas kekeliruan lantikan PM kepada rakyat

Anwar akui Agong minta perjelas kekeliruan lantikan PM kepada rakyat

Anwar akui Agong minta perjelas kekeliruan lantikan PM kepada rakyat. Selepas dua minggu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan situasi berlaku di dalam Istana Negara sebelum Istiadat Mengangkat Sumpah.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan demikian supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung isu terbabit sehingga menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Semalam ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, baginda menyatakan ada baiknya jika Perdana Menteri jelaskan supaya jangan timbul kekeliruan terutamanya yang menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Anwar menjelaskan, dalam isu pembentukan kerajaan sebaik Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir, Yang di-Pertuan Agong mengambil langkah setapak di hadapan untuk mengadakan Sidang Khas Majlis Raja-Raja Melayu.

Anwar akui Agong minta perjelas kekeliruan lantikan PM kepada rakyat

“Yang di-Pertuan Agong mengambil pendekatan mengikut Perlembagaan walaupun ini dipertikai oleh sesetengah tokoh Melayu dan Islam.

“Penjelasan Yang di-Pertuan Agong kepada saya dan Raja-Raja Melayu yang sempat saya menghadap adalah menyatakan daripada awal tidak dipertikaikan bahawa parti yang memperoleh kedudukan terbesar akan mendapat keutamaan.

“Pada ketika itu, parti menang dengan kerusi terbesar adalah Pakatan Harapan (PH) sebanyak 83 kerusi Parlimen dan diikuti oleh Perikatan Nasional (PN) sebanyak 73 kerusi Parlimen ketika itu.

“Seterusnya ada usaha sambilan untuk mendapatkan Akuan Bersumpah (SD) dan ia terus berlaku dalam tempoh ditetapkan Yang di-Pertuan Agong iaitu sehingga jam 2 petang pada 21 November lalu.

Beliau berkata, berapa pun jumlah SD yang diperoleh itu hanya akan ditetapkan setelah waktu diberikan berkenaan dimuktamadkan.

“Seperti mana dalam perlumbaan dia boleh potong kita di round (pusingan) pertama, kita potong dia round (pusingan) ketiga tapi yang pentingnya ialah garisan penamat.

“Apabila di garis penamat, saya peroleh jumlah terbesar…kerana orang beri pengakuan (Akuan Bersumpah) sebelumnya telah menarik balik (sokongan) sebelum tempoh 2 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 19 Disember diadakan kerana beliau mahukan mandat yang lebih jelas untuk memimpin negara.

“Rasa perlu untuk adakan undi percaya kerana jumlah jelas dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti kecil lain.

“Saya jawab ampun Tuanku, ini bukan soal peraturan dan undang-undang dibangkitkan, tapi kerana saya mahu memimpin dengan mandat yang jelas, patik yakin peroleh majoriti.

“Andai kata tidak peroleh, patik akan tunduk suara rakyat,”

BACA:

Ayob Khan bakal diangkat Ketua Polis Negara dalam masa terdekat?

Hawa Rizwana kena kecam ‘kayu’ oleh penonton, tak sesuai mengacara

Padah makan pedas, tulang rusuk pemuda ini patah sebab batuk kuat

CATEGORIES