Anwar adalah mangsa diktator demokrasi

Anwar adalah mangsa diktator demokrasi

Malam tadi melalui perkongsian secara langsung melalui live Fb Anwar Ibrahim menceritakan bagaimana belia melalui detik detik keterasingan sepanjang dalam penjara. Perkongsian itu sesuatu yang baik untuk dijadikan panduan bagaimana kita dapat melalui masa masa panjang berada di rumah sepanjang PKP ini.

Mungkin anda semua sudah mengetahui tip yang dikongsikan itu, jadi tidak payah saya ulang sebut di sini. Apa yang hendak saya imbau di sini ialah betapa deritanya beliau selama berada di sebalik tembok batu itu. Ia bukan pilihan melainkan kerana sebuah fitnah yang dicipta dari satu konspirasi.

Selama hampir 10 tahun beliau terpenjara secara free dan gratis. Semuanya dilakukan dan berlaku kerana demi rakyat. Kerana ingin melakukan suatu reform untuk rakyat membebaskan rakyat daripada belenggu kolonial baru yang dibentuk melalui demokrasi. Anwar adalah mangsa diktator demokrasi.

Namun kandati pun demikian, cita cita dan harapannya masih belum tercapai dan tetap membugar. Apa yang diimpikan dan mahu dirobah masih belum berubah. Walaupun rakyat sudah diberi peluang melakukan demikian, tetapi ia tetap tidak jadi realiti, apabila kerajaan rakyat selama 22 bulan dirampas dan dicuri di tengah jalan kerana pengkhianatan musuh yang menjelma menjadi kawan.

Sesungguhnya rakyat Malaysia yang menanti dan menunggu perubahan yang hendak dibawa Anwar dalam kerangka reformasi besar masih belum tertunai. Semoga saja apa yang menimpa negara kita dengan Covid -19, dengan pengkhianatan ke atas Anwar berterusan menjadi inspirasi kepada kita untuk menggapai apa yang belum tercapai itu.

Jadi sepanjang berada di rumah dalam tempoh PKP ini sama sama kita membuka pintu akal, dan “mengerisik” berdoa kepada Allah semoga suatu masa nanti Allah Swt berikan juga kepadanya untuk mengepalai kerajaan Malaysia. Kita kagen dan teruja untuk melihat apakah keupayaan dan nasib negara sesudah berada dalam genggamannya kelak.

Dalam pada itu, selama kita dipenjara terbuka kini bolehlah kita cuba-cuba bayangkan betapa derita, gelap dan sunyinya Anwar selama berada dalam penjara lalu. Dengan berbuat demikian mungkin ia menambahkan doa, harapan serta juga mengurangkan kebenciaan kepadanya untuk melihat suatu hari beliau diberikan Allah kesempatan yang satu itu. Trims.

COMMENTS