Anthony umum pendekkan masa pesawat mendarat di KLIA

Anthony umum pendekkan masa pesawat mendarat di KLIA

Anthony umum pendekkan masa pesawat mendarat di KLIA. Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melaksana sistem baharu mulai Mei tahun depan yang dapat memendekkan laluan mendarat pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sistem itu dikenali Laluan Pelepasan Standard (SIDs) dan Laluan Pendaratan Standard (STARs) .

Ia akan menjimatkan masa mendarat sekali gus menjimatkan penggunaan bahan bakar pesawat penerbangan.

Malaysia Airports putting the human element into digital transformation

“Dengan adanya sistem ini dianggarkan boleh menjimatkan kos bahan bakar hampir RM500 juta setahun untuk syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA. Ini penjimatan besar kepada syarikat penerbangan dan ini diharap dapat membantu sektor penerbangan.

Anthony umum pendekkan masa pesawat mendarat di KLIA

“Menerusi sistem ini juga semua pesawat yang mendapat di KLIA boleh menjangkakan masa menunggu untuk mendarat lebih pendek antara 18 hingga 22 minit atau penjimatan jarak 44 hingga 67 batu nautika.

“Bagi penumpang, perjalanan mereka lebih pantas bila pesawat boleh mendarat tepat waktu atau lebih awal daripada jadual, maka waktu penerbangan lebih pendek,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.

Selain itu, sistem terbabit juga boleh mengoptimumkan kapasiti 108 penerbangan dalam tempoh satu jam berbanding anggaran 50 pesawat ketika ini.

“Menerusi inisiatif ini dapat juga menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dalam membantu penjagaan alam sekitar,” katanya.

BACA:

Anwar akui Agong minta perjelas kekeliruan lantikan PM kepada rakyat

Ayob Khan bakal diangkat Ketua Polis Negara dalam masa terdekat?

Hawa Rizwana kena kecam ‘kayu’ oleh penonton, tak sesuai mengacara

CATEGORIES