Annuar Musa kena pecat oleh UMNO?

Annuar Musa kena pecat oleh UMNO?

Annuar Musa kena pecat oleh UMNO? KETUA Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa antara pemimpin Umno bahagian yang dipecat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, malam tadi.

Menurut sumber Umno, mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Umno bersetuju untuk memecat seorang ketua bahagian dan dua Ketua wanita Umno bahagian.

“Pemimpin Umno bahagian yang dipecat ialah Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa,” katanya kepada Malaysiapost.

“Ketua Wanita Umno Arau dan Ketua Wanita Umno Maran juga turut dipecat,” tambahnya lagi.

Untuk rekod Ketua Wanita Umno Arau ialah Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

Annuar Musa kena pecat oleh UMNO?

Manakala Ketua Wanita Umno Maran, Datin Seri Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Shahidan dan Ismail merupakan pemimpin Umno yang bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada rilihan raya umum lalu selepas tidak dicalonkan BN.

Sementera itu, Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan pemecatan tiga pemimpin Umno bahagia termasuk seorang ketua bahagian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama ketiga-tiga individu berkenaan.

Katanya pemecatan tiga individu berkenaan dibuat kerana mencerca parti dan presiden parti.

BACA:

“Adik Shuib ke ni?” -Muka tentera sebijik macam dia

‘Apa cerita Azri dan Dato Azra ni? Tak jadi kahwin ke?’

Netizen gesa Anthony tukar vendor pelekat Road Tax, “baru buka dah terkoyak”

CATEGORIES