Annuar kata kerajaan stabil, cadangan Tok Mat hanya pandangan peribadi

Annuar kata kerajaan stabil, cadangan Tok Mat hanya pandangan peribadi

Isu bubarkan parlimen tidak berbangkit buat masa ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Jelas Annuar, ini kerana kerajaan ketika ini berfungsi dengan baik dan mempunyai seorang perdana menteri sebagai ketua.

“Pada saya buat masa ni tak berbangkit soal bubarkan parlimen sebab kita dah ada perdana menteri.

“Kita sudah ada kerajaan dan tak timbul soal ketidakstabilan. Saya tengok kerajaan kini adalah mantap,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pameran Kartun: Kartunis vs Covid-19 di Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur hari ini.

Anuar juga berkata, Umno secara rasmi menyatakan pendirian teguh terhadap kepimpinan Muhyiddin ketika ini.

“Kita ulangi sokongan pada perdana menteri sebagai loose coalition (pakatan tidak rasmi) dalam Perikatan Nasional (PN). Itu pendirian rasmi boleh saya sebut sebagai Setiausaha Agung BN dan itu jugalah pendirian kita buat dalam Muafakat Nasional di mana saya bertindak sebagai setiausaha agung,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dalam kenyataannya meminta Muhyiddin supaya segera membubarkan kerajaan kerana beranggapan negara mengalami ketidakstabilan politik.

Katanya, perkara itu tidak pernah dialami sejak negara merdeka hingga menyukarkan kerajaan untuk meluluskan antaranya pelbagai rang undang-undang kritikal termasuk membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

Mohamad turut mencadangkan kerajaan agar mengambil contoh langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/531884

COMMENTS