Pelakon Anna Jobling, 22, terkejut menjadi calon tunggal dari Malaysia
Tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Anna berkata, mendapat pengiktirafan itu di peringkat dunia sememangnya satu perkara yang cukup besar, apatah lagi dibariskan dengan jelitawan dari luar negara.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Secara peribadi, Anna memiliki takrifan tersendiri mengenai kecantikan.
Menurutnya, kecantikan dari dalaman adalah yang paling penting buatnya.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,” katanya.
Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Tahun lalu, anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.
Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
BACA:Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami