“Ani angkat kain jemuran, hujan dah turun!” Ini kisah sedih hidup Aini Jasmin sebelum terkenal

Oleh INFORAKYAT

“Ani angkat kain jemuran, hujan dah turun!” Ini kisah sedih hidup Aini Jasmin sebelum terkenal.

Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu.

Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.

"Ani angkat kain jemuran, hujan dah turun!" Ini kisah sedih hidup Aini Jasmin sebelum terkenal

Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.

Pada penghujung tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib untuk menjadi pelakon di studio Jalan Ampas. Studio itu baru dibuka semula selepas ditutup beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Oleh kerana mempunyai pengalaman berlakon, dia diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.

Kebanyakan watak yang diberikan kepadanya ialah sebagai dayang istana dan orang gaji. Watak-watak sebegini biasanya menjadi ‘comic relief’ dalam filem-filem Melayu awal 1950-an. Oleh kerana raut wajahnya agak melucukan, penonton sentiasa terhibur dengan telatahnya di layar perak.

Aini Jasmin boleh dianggap sebagai salah seorang pelakon yang produktif di era 1950-an dan 1960-an. Dia telah berlakon dalam lebih 70 buah filem! Oleh kerana Aini Jasmin seorang pelakon freelance, dia telah berlakon dalam kebanyakan filem-filem di Jalan Ampas dan Cathay Keris.

Sewaktu perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau bekerja di sebuah kilang membuat sabun.

Aini Jasmin tinggal di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent bersama anaknya Suriati Bakar. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dalam kesempitan

Aini hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah $80 sebulan. Dengan wang itulah beliau gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.

Untuk menambahkan pendapatan, Aini Jasmin mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Pernah satu ketika Aini perlu ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan. Aini terpaksa merayu kepada doktor yang merawatnya untuk mengurangkan bayaran yang dikenakan.

Aini Jasmin meninggal dunia pada 29 Jun 1988 di Blok 109, Aljunied Crescent. Menurut anaknya, Aini dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas. Aini dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

29 June lepas, genap 33 tahun pemergiannya. Al Fatihah.

BACA:

Syamsul dan Puteri Sarah bercerai, ini respon Datin Patimah buat Ira terkedu

Macam ahli politik! Depan Ira bergaduh? Lain pula cerita di belakang sebenarnya Syamsul dan Puteri Sarah boleh ketawa