Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran

Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran. Dua anggota trafik yang mengiringi orang awam dalam video tular di Jalan Bukit Gambir, George Town pada Sabtu lalu ditempatkan di bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan tatatertib siap untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua anggota terbabit dilucutkan sementara daripada menjalankan tugasan.

Mohd Shuhaily berkata, setakat ini, siasatan dalaman pihaknya mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan pucuk pimpinan PDRM di peringkat Kontinjen Pulau Pinang bagi tugasan mengiringi individu berkenaan pada hari itu.

Tegasnya, PDRM memandang serius kesalahan melaksanakan tugas tanpa arahan rasmi sama ada daripada pegawai kanan atau penyelia tugasan.

Katanya, kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci dijalankan bagi memberikan keadilan.

Sehingga siasatan selesai, kedua-dua anggota trafik tersebut telah dilucut sementara daripada menjalankan penugasan hakiki dan ditempatkan di bahagian pentadbiran.

Mohd Shuhaily berkata, berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik Nombor 11 (Prosedur Atur Gerak dan Membuka Laluan Trafik), proses kelulusan permohonan secara rasmi kepada jabatan perlu dilakukan dalam masa tujuh hari waktu bekerja kecuali kecemasan.

Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran

Katanya, pegawai yang bertanggung jawab perlu menilai permohonan itu bagi membuat keputusan sebelum rekod kelulusan permohonan dicatat dalam buku daftar dan buku perharian.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai terbabit salah laku bertentangan dengan SOP yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di George Town pada Isnin

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, individu berusia 20-an yang terbabit dalam video berkenaan juga diminta tampil memberi keterangan.

Pada Sabtu, tular video rakaman dua anggota trafik yang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu seorang anak Ahli Parlimen.

BACA:

Kakitangan kerajaan dibenar kerja dari rumah selama seminggu selepas Aidilfitri

Bayaran bantuan musim tengkujuh 2022 khas untuk rakyat Malaysia

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

CATEGORIES