Anggota Bomba petik ketum, ini penjelasan Pengarah Bomba

Anggota Bomba petik ketum, ini penjelasan Pengarah Bomba.Individu yang dirakam memetik dipercayai daun ketum dalam satu video tular bukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Satu klip video berdurasi 16 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu yang berseluar celoreng bomba menaiki sebuah bot dan memetik daun ketum di sebuah kawasan yang dinaiki air.

Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya ambil maklum tentang kejadian tersebut dan satu siasatan telah dijalankan untuk mengenal pasti individu tersebut.

“Kami telah menjalankan siasatan berhubung video tersebut dan mendapati individu terbabit bukan anggota bomba.

“Seluar itu sesiapa sahaja pun boleh pakai. Banyak tempat ada dijual,” jelasnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

BACA JUGA:

Tak wajar kempen jangan derma kepada tabung bencana kerajaan – Rina
NGO perlu salur sumbangan banjir ikut saluran yang betul – MB Kelantan

CATEGORIES