Aku M, bukan nama sebenar. Anak ke 3 dari 7 beradik : kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki.
Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look.
Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab. Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family sendiri.
Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih.
Tapi orang luar pulak yang sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar jadi ratu la. And my mom selalu menjawab, “jangan dipuji sangat budak ni nanti besar kepala.”
Aku menangani masalah self esteem ni sendirian, dari seawal usia 6-7 tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina sendiri seawal usia kanak kanak.
Aku bukan anak fav mak. Jadi walaupun mak suri rumah, aku harus melakukan hampir 90% kerja rumah kecuali memasak sejak dari sekolah rendah lagi.
Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk. Jadual harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti cepat cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan.
Kemudian, mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula. Berjalan kaki di tengah panas terik sejauh 5km ke sekolah memang rutin harianku.
Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat cepat bersiap untuk solat pula. Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan. Melipat kain seisi rumah kecuali baju bajuku sendiri sebab mak memang tak akan membasuh bajuku.
Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan latihan yang cikgu berikan.
Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pendam dan buat.
Treatment mak pada aku dan siblings yang lain memang berbeza tanpa aku tau kenapa.
Contohnya : jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu. Sambil membentak “Memekak”.
Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok saja. Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking “padan muka”.
Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan. Hampir setiap hari aku dimrah dan dihamun. Airmata jadi teman setia setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif ko-ko di sekolah, tak suka aku ke depan dalam apa apa acara.
Dia pernah menjerit di telingaku, “Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga”. Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata.
Dari form 1 hingga tamat SPM, aku hanya memiliki 2 pasang uniform sekolah yang diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.
Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3 tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus”. Since then aku mengunci mulut. Yang penting aku boleh sekolah.
Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri. Penghibur zaman aku membesar adalah rakan rakan rapatku. Aku menanam azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.
Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak.
Abang pula jadi kebangaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki. Aku? Sering disumbat dengan ayat, “Sedarlah diri kau tu perempuan”. At 1 time aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah.
Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya. Aku berazam, andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak.
Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong anak anakku. Aku mahu mereka tahu aku sayang.
Sampai sekarang aku sering gagal meyelami hati mak. Luuka itu memberi parut yang kekal.
Apa reaksi warganet
Sara husna, Smg adik berjaya. Kuatkn semangat…u re the best motivator for urself. Satu akak nk adik percaya, ini laluan yg adik kena harung utk menjadi seseorang pada masa depan yg Allah dah tentukan. Klu adik x lalu pengalaman ni mgkin adik x cukup deserve to be that somebody. Akak sndiri dh lalui bnyk pengalaman pahit masa kecil… nangis mlm2 sendirian dll.
Dan akak dh faham skrg klu x lalui smua tu akk x akn ada jiwa seperti sekarang utk berkerjaya dlm bidang kerja akk skrg ni. Keep ur heart stronger n your soul tougher.
Nadia Ahmad, Sy doakan adik berjaya dunia dan akhirat. Percaya laa, suatu masa mak adik akan sedar juga. Hanya masa yg akan tentukan. Sentiasa solat doa diberikan kekuatan mntal dan fizikal. Ada hikmah disebalik ape yg terjadi. Percayalah adik akan jd org hebat di masa2 akan dtg. Tabah ye.
Kuatkan semangat, Allah syg adik. mcm kata ustaz Ebit Lew- Kita hidup utk Allah sayang. Kita buat ape utk Allah syg. Sbb tu jgn terlalu sedih kalo org kata kita, jgn jd lemah kalo org fitnah kita, jgn pedulikan, sbb kita tak hidup utk diaorg, kita hidup utk Allah syg. Dia Allah yg jaga kita dr dulu smpi skrg.
Hanum Sakinah, Sedih baca kisah adik. Allah… Tp sesungguhnya Allah itu maha adil.. ibu ayah juga akan dinilai oleh Allah di akhirat nnti setiap perbuatan buruk baik mereka trhdp anak, krn anak itu adalah amanah Allah, yg ade hak haknya utk hidup di dunia ini.. Yg mana perbuatan buruk ibu bapa trhdp anak anak, akan dihukum di akhirat nnti.. adik terus maju ke hadapan, mnjd hamba Allah yg berjaya di dunia dn akhirat.
Ari Kael, Semoga kau akan dilindungi dari segala perkara tak baik, dan Allah memberi ganjaran dan memudahkan perjalanan hidup kau atas kesabaran kau melayan ibu.aku xtau brp umur kau masa ni, tp jika kau masih student and nk ambil spm soon, study hard , get yourself in good uni so u can get out from your family, dh grade mofa dpt kerja yg bagus, and jgn tinggal dgn family, just keep in touch ia enough.
Jaga diri jgn jd penz1na, jgn mudah terpedaya dgn kata2 jantan taguna..klu ada yg ayat dgn janji smpi ke pluto, jgn percaya ok..tu semua nk main free je..jgn jd bodoh..syg diri sendiri b4 syg org lain..moga kau akan jumpa bakal suami yg bail sgt and in laws yg sgt baik.
Hasnah Sulaiman, Ibu2 zaman mak2 kita dlu..ramai yg begitu..pilih kasih…tambh pd ank lelaki.yg merasa je yg tau macamana perasaan utk hadapi situasi ini.jganlah kita ulangi pula pd ank2 kita.kesian pd ank2…itu harta kita tu…syangilah kesemua ank2 tnpa kasta..dari rahim yg sama..mengalir drah yg sama..sya syg semua ank2 tanpa membezakn kekurangan mahupn kelebihan ank2.
Aminah Siti, ada sbb kenapa mak buat mcm tu yg awak belum tahu. ada seorg hamba Allah ni, bila umur dekat 40thn baru tau kenapa mak tak suka kat dia, atas sbb cemburu dgn sesuatu yg anak tu ada benda sama dgn org yg mak cemburu tu… yg terkesan dan kena tempias tu, anak sendiri.Kesian..anak membesar dgn sering dibanding, diherdik, dicemuh, dipulau… mmg wujud mak mcm ni..biarlah, sampai masa setiap kita akan dihisab. selagi mampu, maafkanlah mak tu..walau parut tu sukar nak hilang.
Khatijah, Tkpe dik. Kita ada mata, kita lihat. Bila ibu ayah skit, kita tengok sape yg uruskan. Waktu tu, baru tau sape yg bole harap sape yg tidak. Da bnyk perkara ni berlaku di luar sana. Yg keras hati, akan bwk diri. Yg baik hati, akan uruskan ibu ayah yg skit walaupun hati tu diskiti terusan.
Jadilah insan yg lebih baik lebih sempurna lebih mulia dr ibumu dik. Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat buatmu.
Indra Putra, Belajar dengan tekun. Rancang masa depan. Bina kerjaya. Kumpul harta. Kumpul duit. Sebab, kalau takde semua ni, akan mengendeng ke mak dan keluarga, mula diorg ungkit kisah seluruh hidup kita. Tapi jika kita stabil, kita tak susahkan sesiapa. Kita berdikari. Masa tu.. adalah yg berubah 360 darjah.. nak mengendeng kita. Jual mahal tau. utamakan diri sendiri. taklama pun struggle.. maybe 7 tahun ke depan saja..
Dayang Ruzainah, Sedih kisah awak adik… Betapa tabah dan sabar nya awak walaupun hidup dalam derita dan airmata. Adik telah tanam kekuatan dan kesabaran yang hebat dalam diri sejak kecil. Yakinlah apa jua badai yang melanda selepas ini adik akan mampu hadapinya.
Pergilah jauh dari hidup mereka yang membenci adik… bukan balas dndam tapi itu yang selayaknya. Tak perlu lagi menjadi cela di mata sesiapa. Bawalah diri…rawat luuka sendiri. In Sya Allah awak akan berjaya. Harap awak akan terus besarkan tabah dan sabar awak. Semoga berjaya dunia dan akhirat.