Anak Zahid kini Naib Pengerusi syarikat besar

Oleh INFORAKYAT

Anak Zahid kini Naib Pengerusi syarikat besar. MQ Technology Bhd (MQ Tech) melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa 2 Jun 2022.

Nurulhidayah, 44, adalah anak kepada Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016, demikian menurut MQ Tech dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.

Dalam satu kenyataan berasingan, MQ Tech mengumumkan pelantikan Chean Meng Hee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEI) baharu dan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO), Tong Sian Shyen, sebagai Pengarah Urusan.

Anak Zahid kini Naib Pengerusi syarikat besar

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa semalam.

Saham MQ Tech berakhir tidak berubah pada lima sen semasa dagangan di Bursa Malaysia ditutup semalam, menjadikan permodalan pasarannya berjumlah RM44.68 juta.

BACA:

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

Elon Musk ‘paksa’ pekerjanya kembali ke pejabat untuk bekerja, atau diberhentikan

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp