“Anak yang bawa ‘sial’ dalam hidup aku, disangka penurut kaya rupanya berjiwa iblis!”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Setiap wanita pasti mengimpikan zuriat sendiri hasil perkahwinan bersama insan tersayang namun tak semua mampu mengandung.

Pastinya pelbagai cara diusahakan, tidak kira tradisional atau moden dan apabila semuanya tak membuahkan hasil maka ramai memilih untuk mengambil anak angkat.

Menerusi TikTok, Meisya Jasmine mengenai seorang wanita yang tidak menyangka bahawa anak angkat tersayang sanggup merampas suaminya sendiri.

Menurutnya wanita tersebut sudah bernikah selama berbelas tahun namun tidak dikurniakan zuriat dari rahim sendiri.

Malangnya dia telah dikhianati oleh anak angkatnya bernama Raya yang sudah dibesarkan sejak bayi.

"Anak yang bawa 'sial' dalam hidup aku, disangka penurut kaya rupanya berjiwa iblis!"

Menurut kisah awal, ibu bapa kandung yang tinggal di kampung pedalaman menyerahkan Raya ke dalam jagaan wanita ini akibat faktor kemiskinan hidup.

Ketika menginjak dewasa, wanita tersebut berterus terang tentang status sebenar anaknya itu agar tidak terkejut di kemudian hari.

Raya memahami dan enggan kembali ke pangkuan orang tuanya kerana sudah terlebih sayang dengan penjaga angkatnya.

Lebih menyedihkan dia memberikan segalanya untuk anaknya termasuklah susu yang mahal, mengupah pengasuh bertauliah, didaftarkan ke sekolah swasta dan dibelikan pakaian berjenama.

Dari kecil, Raya juga memang rapat dengan ayah angkatnya dan selalu menghabiskan waktu bersama.

“Kalau saya sibuk kerja, suamilah yang bawa Raya jalan-jalan. Makan di restoran atau tengok filem. Raya sangat suka tengok wayang sampaikan suami siap buatkan home theater di rumah.

“Langgan saluran itu dan ini. Raya seronok dekat rumah. Saya lega sebab masa remaja Raya, dia lebih suka habiskan di rumah berbanding keluar”, ujarnya.

Langit tidak selalunya cerah, kebahagiaan yang diraih mereka bertiga malah ranap dengan sebuah kejadian melampau.

Satu malam, si isteri terjaga pada jam dua pagi dan menjadi hairan kerana suaminya tiada di bilik.

Setelah menjengah ke ruangan home theater, retak hati menyaksikan suaminya dan Raya sedang hanyut melakukan hubungan badan.

“Anak ini bawa malapetaka dalam hidup saya… Anak yang disangka penurut rupanya berjiwa iblis.

“Saya menjerit lihat mereka lakukan hal itu di atas sofa. Mereka terus berhenti, Raya menjerit sambil menangis.

“Dia terus minta saya merestui hubungan dengan suami. Raya berkata mereka saling mencintai dan nak nikah daripada terus melakukan hal haram. Saya tak habis fikir, kenapa anak ini boleh sejahat itu”.

Walaupun sudah diberikan peluang kedua, kedua-dua mereka masih membuat perkara terkutuk kerana Raya tetapkan pendirian untuk berkahwin dengan ayah angkatnya.

Akur dengan kemahuan gila itu, si isteri bagaimanapun bijak mengatur perancangan termasuklah memindahkan semua duit syarikat ke atas namanya.

Kemudian, dia menjemput pula ibu bapa kandung Raya dari kampung dan mempertemukan mereka setelah sekian lama terpisah.

Bagi memberikan pengajaran, dia nekad menghalau gadis itu untuk sama-sama pulang ke kampung sekaligus menyambung hidup dengan ibu bapa kandungnya yang semakin uzur.

Entah apa yang bermain di benak anak angkat tersebut sehingga sanggup menikam belakang ibu angkat yang memberikan sepenuhnya perhatian dan kasih sayang terhadapnya.

Baca juga: “Dia cakap kerja bawa teksi, rupanya selama 6 bulan kahwin ni, pekerjaan sebenar suami tak halal!”