Anak timbalan menteri mabuk langgar ‘roadblock’ Polis

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Anggota-anggota polis mengejar sebuah kereta milik anak seorang timbalan menteri yang dipandu laju malam semalam.

Lelaki berusia 46 tahun itu memandu sebuah kereta sport BMW ketika kenderaan tersebut melanggar

penghadang polis yang sedang melakukan pemeriksaan di sebatang jalan raya.

Anggota-anggota polis segera melakukan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut

Dan mendapati tahap alkohol dalam darahnya melebihi had undang-undang, iaitu 183 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

Anak timbalan menteri mabuk langgar 'roadblock' Polis

Menghadapi tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu ditahan di balai polis Pracha Chuen.

Walaupun sikapnya yang tidak berkerjasama dengan polis, dia berjaya dibebaskan dengan membayar wang jaminan sebanyak 20,000 baht (RM2,595).

Namun, pemandu tersebut akhirnya dihukum penjara selama empat bulan dan didenda 8,000 baht (RM1,038) atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, menurut Pejabat Peguam Negara hari ini.

BACA: “Silap besar, aku pilih sebab berkopiah je, pakai lebai belum tentu baik rupanya, dah kahwin suami dedah perangai sebenar”