Menyertai tabligh untuk berdakwah, mencari ilmu agama, dan mengajak orang ramai kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh adalah perkara yang mulia dan patut dipuji.
Namun, individu yang berhasrat untuk menyertai tabligh tersebut perlu sedar dan memikul tanggungjawab dengan menjaga keperluan ahli keluarga mereka selama mereka tidak berada di rumah.
Seorang anak telah berkongsi luahan hatinya tentang sikap bapanya yang sering mengabaikan tanggungjawab
Dan kurang bertanggungjawab dalam menyediakan nafkah selama 40 hari ketika berada di luar untuk menyertai tabligh.
Luahan tersebut dikongsi dengan pengguna lain dan diceritakan melalui akaun Twitter @ConfessTweetMY untuk tatapan umum.
“Bapa saya tabligh. Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitaorang tanpa nafkah. Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru saja balik.
Bapanya seorang tabligh suka keluar 40 hari tanpa bagi nafkah. pic.twitter.com/RkcB0R9tM4
— Emosi (@ConfessTweetMY) October 3, 2022
“Apabila ditolak, kawan-kawan dia sindirlah tak nak ikut apa semua. Saya geram. Dia tinggalkan kami tanpa nafkah.”luah individu tidak dikenali itu.
Bukan hanya itu, disebutkan bahawa bapa individu terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan semua kos sara hidup ditanggung oleh ibunya.
“Dahlah tak ada kerja tetap. Mak saya pula kena tanggung. Dia bersedap saja keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke tabligh?”luahnya.
Tindakan tersebut membuatkan dia merasakan bapanya itu seseorang yang hanya mementingkan diri sendiri dalam mengejar amalan kebaikan dan ilmu keagamaan.
“Saya rasa macam dia seorang sahaja beribadah nak masuk ke syurga. Orang lain tak payah, kena support dia. “soalnya.
Luahan itu mendapat pelbagai respons di kalangan pengguna media sosial, dengan banyak yang menyatakan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mengetahui kelakuan bapa individu tersebut yang cuba mengelak dari tanggungjawabnya.
Ada juga yang menyuarakan kemungkinan bahawa bapa tersebut membuat kesilapan dengan menyertai kumpulan tabligh.