Anak sulung Tunku Abdul Rahman meninggal dunia. Anak sulung kepada perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tunku Khadijah meninggal dunia pada 6.50 petang semalam akibat kanser paru-paru.
Anaknya, Sharifah Menyalara Hussein berkata, ibunya meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
“Ibu meninggal selepas hanya beberapa jam dimasukkan ke hospital. Ibu sebelum ini telah didiagnosis dengan kanser paru-paru tahap akhir pada awal tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, jenazah Tunku Khadijah dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur hari ini.
Tunku Khadijah yang meninggalkan tiga orang anak termasuk Sharifah dan tujuh orang cucu, sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada Oktober ini.
BACA:
Kecoh Mas Idayu lempang muka Sharif Zero, “lupa asal usul!”
Kereta F1 selamba lalu di lebuhraya, siapa punya ni?