Anak Najib perjelas keadaan terkini bapanya tidur di penjara

Oleh INFORAKYAT

Anak Najib perjelas keadaan terkini bapanya tidur di penjara.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual yang dilalui selama ini.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram miliknya pada malam Rabu.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat meskipun agak keletihan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Katanya lagi, kelmarin wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu, berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.Anak Najib perjelas keadaan terkini bapanya tidur di penjara

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya lagi, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN)/ UMNO dan rakyat.

BACA LAGI: 

Pakar dedah bagaimana scammer boleh curi duit dalam akaun bank

Jika minggu ini tidak diampunkan, perhimpunan lebih besar menunggu – penyokong Najib

Dakwaan layanan istimewa untuk Najib, ini respon Jabatan Penjara