Anak Musa Aman dilantik sebagai pengerusi Felcra

Anak Musa Aman dilantik sebagai pengerusi Felcra

Yamani Hafez, 42, anak bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dilantik sebagai pengerusi Felcra Berhad (Felcra) yang baru, berkuatkuasa hari ini.

Dengan pelantikannya itu, semua 32 anggota parlimen Bersatu mempunyai jawatan.

Ini sama ada sebagai anggota kabinet, dilantik sebagai timbalan menteri, atau dilantik sebagai pengerusi di agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), atau menganggotai lembaga pengarah mana-mana syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abd Latiff Ahmad menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, pelantikan Yamani Hafez, yang adalah ahli parlimen Sipitang itu mampu membawa inovasi dan inisiatif baru bagi memacu Felcra.

“Saya percaya Yamani Hafez akan memperkenalkan semangat inovasi dan inisiatif tinggi melalui pengalaman luas beliau di sektor korporat, dalam memperhalusi hala tuju Felcra berdasarkan usaha usaha transformasi yang dimulakan pengurusan kanan diketuai Mohd Nazrul Izam Mansor,” katanya.

Yamani Hafez menggantikan rakannya dalam Bersatu, Shabudin Yahya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Julai lalu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536543

COMMENTS