Anak muda selamba tayang slip gagal SPM di tiktok curi tumpuan. SEJAK keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 diumumkan pada Khamis, ramai calon peperiksaan itu berkongsi suka dan duka masing-masing di media sosial.
Sama ada mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran atau hanya sebahagian daripadanya, rata-rata melahirkan rasa syukur.
Namun apa yang tidak sedap dilihat apabila terdapat seorang pelajar yang berpuas hati dan seolah-olah berbangga memperoleh keputusan gagal bagi kebanyakan mata pelajaran hingga berkongsi di aplikasi TikTok.
Bukan mahu memperlekehkan keputusan tersebut, tetapi menjadikannya sebagai content di media sosial kurang disenangi oleh segelintir pihak kerana ia boleh memberi contoh yang tidak baik kepada orang lain.
Menerusi rakaman berdurasi lapan saat itu, pemuda yang bersekolah di Kelantan itu menunjukkan sebahagian slip peperiksaannya dengan tujuh mata pelajaran.
Lima daripada tujuh mata pelajarannya memperoleh keputusan gagal (G) iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains.
Pemuda berkenaan teruja videonya dipaparkan di FYP.
Sementara itu bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual yang didudukinya, masing-masing mendapat keputusan D (Lulus Atas) dan B (Kepujian Tinggi).
Menurut pemuda itu, dia tidak menyangka video yang dimuat naiknya menjadi perhatian sehingga dipaparkan dalam For Your Page (FYP) di TikTok.
“Terima kasih semua, tak sangka pula FYP. Maaf, tak sempat nak balas komen, banyak sangat,” tulisnya di ruangan komen.
Pemuda berkenaan dikatakan mahu menceburi bidang kemahiran selepas seorang netizen memaklumkan bahawa gagal bukan bererti gagal selama-lamanya.
content spm gagal 3
Pemuda tersebut mahu mencuba bidang kemahiran.
Video yang meraih 1.2 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam itu turut mengundang pelbagai reaksi.
“Ini terlampau jujur ni.
“Apa reaksi mak ayah.
Sekarang ni kau happy ke video tu FYP, semua orang nampak result kau yang macam tu.
“Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
“Aku pun main-main juga dik SPM, esok exam Sains, malam main game tapi main-main aku tak ada lah sampai keputusan begini,” demikian antara komen netizen, sebelum ruangan tersebut ditutup.
content spm gagal 5
Antara komen-komen netizen.
Susulan video yang tular, seorang wanita di TikTok membuat pautan videonya dan memberikan teguran di atas kebanggaan pemuda itu menunjukkan keputusan gagal.
“Memanglah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tu tak pergi sekolah, tapi kan ada kelas online. Kau buat apa je kelas online tu? Sekarang ni kau happy ke video tu FYP, semua orang nampak result kau yang macam tu.
“Memang SPM tidak menentukan segala-galanya, tapi kalau awak rasa selesa SPM bukan pengakhirannya. Tapi kalau result awak semua G, akak tak tahu nak cakap apa.
“Bukan awak seorang je, keluar kat FYP semua tunjuk result. Kebanyakannya G semua, kamu semua buat apa dalam kelas online waktu PKP?
“Sepatutnya kamu ada masa lagi banyak kamu belajar, apa yang kamu buat sebenarnya. Tak boleh masuk akal result boleh macam ni,” kata wanita itu dengan nada kesal.
View this post on Instagram
BACA:
Noor Nabila dedah sudah tiga kali keguguran
Air boleh wujud di bulan – Saintis
Haqiem Rusli luah perasaan sedih, tak suka orang kasar tegur isterinya