Anak ‘King’ pula dedah macam mana saat akhir permergian Ridzuan Hashim undang sebak netizen

Oleh INFORAKYAT

Anak ‘King’ pula dedah macam mana saat akhir permergian Ridzuan Hashim undang sebak netizen.

Anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial, 29, tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai pemergian bapanya.

“Saya akan rindukan bebelannya.” Demikian kata anak kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial, 29, ketika ditanya mengenai kenangan bersama Ridzuan.

Anak 'King' pula dedah macam mana saat akhir permergian Ridzuan Hashim undang sebak netizen

Dhanial berkata, ayahnya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, selalu mengingatkannya agar tidak terlalu kerap makanan berasaskan perut kerana keluarganya mewarisi penyakit itu.

“Antara bebelannya, dia selalu berpesan kepada saya supaya jangan makan perut banyak sangat memandangkan dalam keluarga memang mewarisi sakit jantung,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai rancangan pernikahannya yang sepatutnya turut dihadiri oleh Ridzuan, Dhanial tidak dapat membendung emosi.

“Semuanya dah disiapkan (tiket penerbangan ke Tawau dan pakaian).

“Dia sempat berjumpa tunang saya, cuma tak sempat berjumpa keluarganya yang menetap di Tawau,” katanya.

Ditanya mengenai hari-hari terakhir bersama ayahnya, Dhanial memaklumkan bahawa ayahnya yang sebelum ini memerlukan bantuan sokongan untuk melakukan aktiviti, ingin lakukan sendiri.

“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri.

“Pagi tadi, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan.

“Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan berita pemergian model dan pelakon itu selepas disahkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias.

Selain Dhanial, perkahwinan Ridzuan dan Didie pada 1991 sebelum bercerai 2002, dikurniakan empat cahaya mata lain.

Jenazah Ridzuan disempurnakan di Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Masjid Al-Muttaqin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, di sini.

BACA:

“Aku berserah je naik teksi ke airport dari rumah, sebelum naik tu, mak cuma cakap sebaris je tapi aku ingat sampai sekarang pesanan dia”

Lelaki ini ada 600 orang anak undang persoalan netizen berapa isteri dia sebenarnya?