Anak ikat perut makan telur kicap tapi suami makan sedap di restoran lagi, paling terkilan keluarga dia pun bersubahat

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalamualaikum admin, nak minta tolong sembunyikan nama saya ya, admin. Ini berkenaan hal rumah tangga saya.

Saya berkahwin dengan suami saya sudah 3 tahun, admin, dan sepanjang 3 tahun itu juga saya ditipu suami saya. Sekarang ini saya baru tahu kena tipu.

Suami saya bekerja siang malam, cuma balik rumah dalam 3-4 jam sahaja. Meluangkan masa dengan saya dan anak – anak pun susah

Nak tolong saya buat hal rumah tangga pun susah. Anak saya ada dua orang kecil – kecil lagi, dua tahun dan setahun.

Suami saya selalu tipu saya kata kena kerja, walhal tidak pergi kerja, check-in hotel dengan perempuan lain, layan video tidak senonoh, layan d4dah.

Anak ikat perut makan telur kicap tapi suami makan sedap di restoran lagi, paling terkilan keluarga dia pun bersubahat

Bila balik rumah, dia dalam keadaan lesu. Masalahnya, admin, saya selalu cuba untuk positif dengan suami saya, tapi bila saya positif, mesti naluri saya rasa tidak sedap hati dengan suami saya.

Mana tidaknya, suami saya pakai dua telefon di belakang saya, dua nombor telefon di belakang saya. Telefon dia rosak, saya pinjamkan telefon saya, sanggup tidak ada telefon berbulan – bulan pasal sayang suami punya pasal.

Sedihnya, dia biar anak bini tidak ada kemudahan telefon di rumah, kalau ada apa – apa terjadi, mereputlah kami tiga beranak. Saya dah banyak kali, masa anak ada masalah kesihatan ke, anak sembelit ke, nak minta dia tolong beli barang sampai saya berlari tinggal anak di dalam rumah pergi rumah jiran pinjam telefon suruh suami balik kalau anak – anak ada masalah.

Dia sanggup biar saya macam orang b0doh di rumah tak ada telefon, hidup saya habis, admin, berbulan – bulan tanpa telefon. Tidak tahu cerita di luar sana, cuma sibuk layan hal rumah tangga saya seorang diri di rumah layan anak – anak kecil.

Yang sedih lagi, dia bekerja dua masa, masing – masing gaji seribu dua ratus dan seribu tiga ratus. Kalau dicampur, mungkin dua ribu lebih, admin, tapi bila bawa balik rumah cuma ada 1900 sahaja, sedangkan sewa rumah seribu, pampers anak, makan pakai belum masuk lagi.

Yang lebih menyedihkan, suami saya dengan mudahnya makan duit simpanan persaraan saya, dari belasan ribu sekarang tinggal 1000 baki sahaja. Itu pun dia rembat pergi bercuti, check-in dengan perempuan lain. Saya dan anak – anak dia tidak ambil kisah langsung.

Saya tidak pernah jumpa seorang suami yang suka isterinya tidak ada telefon, tidak perlu dihubungi atau video call, sebab dia akan rimas dengan saya, takut mengganggu dia video call dengan skandal dia. Hati saya, perasaan saya semua sudah h4ncur, apatah lagi tengok muka anak kecil saya yang tidak berd0sa, tengok per4ngai papanya begitu.

Sekarang ini saya tengah tunggu suami saya balik, nak dengar penjelasan kejujuran dari dia atas apa yang dia buat di belakang saya selama ini. Dia selalu kata saya buat cerita fitnah tentang dia pasal ada perempuan lain, walhal itulah hakik4tnya yang dia buat belakang saya.

Video call dengan perempuan lain, prihatin dengan skandal dia, sedangkan anak bini dia tidak kisah langsung, hidup ke m4ti, penat ke tidak, s4kit ke tidak. Allahuakbar, terkilan saya. Saya dan anak – anak makan telur kicap di rumah, ik4t perut, tapi dia boleh makan sedap siap makan di restoran lagi. Sewa hotel dengan perempuan dia.

Dengan tiada kemudahan telefon, siang malam kena tinggal suami, bekerja 24 jam. Melaksanakan tanggungjawab batin dengan saya pun sekadar tanggungjawab, kalau ikutkan memang tak ada la. Sekarang saya dalam proses nak cerai.

Nak tunggu dia balik rumah terus terang dengan saya, lepas itu saya dan anak – anak undur diri, dengan satu sen duit pun tidak ada. Dia ambil duit simpanan persaraan saya dengan perempuan itu. Tak apalah saya redha.

Tolong jangan kecam saya, saya cuma nak luah apa yang saya rasakan selama ini. Rasanya cukuplah dengan 3 tahun hidup saya kena b0doh dengan dia. Dia suka tipu saya, bawa satu keluarga dia komplot untuk tipu saya, sedangkan ibu bapa saya jauh, adik beradik pun jauh.

Allahuakbar, inipun tumpang rumah adik tiri saya. Terkilan dengan keluarga dia, semua pakat tahu suami saya ada dua nombor telefon, tapi kenapa saya tak tahu? Kenapa? Bila tanya satu – satu, masing – masing buat tak tahu sahaja, macam tidak ada apa – apa yang berlaku.

Allahuakhbar, apa d0sa saya ya Allah, kena hukvm begini? Iktibar, percaya atau tidak, naluri isteri memang sentiasa tepat dan betul. Saya redha. Saya serahkan segalanya hidup saya dengan Allah. Saya sangat kecewa, hanya Allah yang tahu segalanya, betapa h4ncurnya hati saya, admin.

Jaga rumah tangga setia jujur, sedia makan minum dia, buat semua kerja rumah sampai cuci tandas. Suami payah nak tolong saya buat, nak tolong jaga anak jenguk pun tidak, kalau tanya sedikit melenting. Bila cuti, habiskan dengan tidur seharian, tidak pernah ajak saya keluar dengan anak – anak, tapi selalu tipu saya kata pergi kerja, padahal bercuti melayan perempuan di luar. Sedihnya!!

Saya harap akan datang, saya tabah dan kuat untuk besarkan anak – anak saya. Doakan saya ya semua. Saya hanya sekadar meluah, bukan nak aibkan sesiapa. Sudah dua malam tinggalkan saya dengan anak saya masa nak sambut ulang tahun, akhirnya tidak jadi sebab dia buat hal.

Kantoi saya call video dia berdua – duaan di pejabat dengan perempuan lain. Ini pun baru repair telefon, baru tiga hari pakai. Nak minta beli telefon berkira dengan saya, nauzubillah, tapi duit simpanan persaraan saya dihabiskan semua untuk bersuka ria. Allahuakbar, kuatkan saya ya Allah. Sekian dari saya..

Komen w4rganet :

NurAz Wan : Kenapa dalam hati saya selalu rasa, kalau kita tunjuk sayang sangat pada seseorang, orang itu akan merasa selamat, buat apa – apa pun kita tetap setia menunggu? Kenapa saya rasa seorang perempuan, walaupun sudah menjadi isteri, perlu ada sedikit ego… simpan sedikit perasaan sayang itu untuk diri sendiri… jangan sayang orang berlebihan, walaupun suami sendiri?

Sebab saya sudah lihat orang yang rebah terus apabila dikhi4nati. Sebab saya sudah lihat sebaik – baik suami,

yang begitu penyayang pada isteri dan anak – anak, tiba – tiba berubah 90 darjah apabila jatuh cinta lagi. Sebab itu buat baik berpada – pada. Ada harta sendiri, tidak perlu tunjuk semua pada pasangan.

Boleh hidup dengan penuh kasih sayang, tetapi simpan sedikit rasa curiga dan sentiasa waspada. Langit tidak selalu cerah… mungkin mendung mendatang, mungkin hujan ribut akan turun… pastikan payung sentiasa ada.

BACA: Lepas negara haram diserang, warga Israel bentuk komuniti baharu di Sri Lanka