Anak Harun Salim Bachik calon popular PH untuk menang di Dun Seri Serdang
Anak arwah Harun Salim Bachik dijangka menjadi pertaruhan gabungan itu bagi mempertahankan kerusi DUN Seri Serdang menggantikan penyandangnya Dr Siti Mariah Mahmud.
Menurut sumber, Danial yang merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Selangor antara calon berpotensi mewakili Amanah bagi bertanding di kerusi yang dimenangi PH sejak 2013.
“Danial Al Rashid juga merupakan pegawai khas kepada YB Dr Siti Mariah yang merupakan exco kerajaan negeri.
“Selepas Dr Siti Mariah umum tidak bertanding pada pilihanraya kali ini, nama Danial muncul di Seri Serdang yang juga agak terkenal di kalangan penduduk tempatan,” menurut laporan Malaysiakini.
Untuk rekod pada PRU14, Dr Siti Mariah menang di DUN Seri Serdang pada tahun 2018. Sebelum itu, Dr Siti Mariah merupakan ahli parlimen Kota Raja selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 yang mewakili PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara.
Pada pilihanraya umum ke 14, Dr Siti Mariah menang bergaya di kerusi itu dalam pertarungan mengalahkan penyandangnya Noor Hanim Ismail (PAS) dan bekas Adun selama dua penggal (2004 dan 2008) Mohamad Satim Diman dengan majoriti 14,363 undi.
Ketika dihubungi, Danial juga berkata “Saya serah kepada pucuk pimpinan. Jika, dipilih saya berjanji akan bekerja keras untuk memastikan mempertahankan kerusi Seri Serdang kepada PH,”
BACA:
“Ampa perlu sokong Pas..undi Pas”, ini hakikat sebenar Pas yang ramai tak tahu