Anak enggan warisi kekayaan bapa bernilai RM542 billion, alasan yang diberi buat bapanya terkedu

Oleh DAHLIA MARZUKI

Selalu kalau tengok drama Melayu hero muda 20 tahun pakai kereta mewah, CEO syarikat dan tinggal di banglo mewah.

Sebab apa? Sebab anak orang kaya! Kalau ibu bapa dah kaya tu, confirm lah anak mewarisi harta kekayaan kan~

Tetapi berbeza pulak yang berlaku di dunia realiti sebenar di mana seorang jutawan buntu

Anak enggan warisi kekayaan bapa bernilai RM542 billion, alasan yang diberi buat bapanya terkedu

tidak tahu untuk mewariskan hartanya kepada siapa. Eh, kenapa pulak?

Lelaki terkaya di China, Wang Jianlin, pengasas dan pengerusi Dalian Wanda Group sedang mencari pewaris selepas anak lelakinya enggan mewarisi kesemua harta itu. What?!

Jutawan berusia 62 tahun itu memiliki beberapa pusat membeli belah, hotel,kelab sukan, taman tema serta bermacam-macam lagi. Keseluruhan harta Wang bernilai 121 Billion US Dollar (RM542 Billion).

Wang

Saya telah bertanya pada anak saya tentang rancangan penggantian dan pewarisan harta tetapi beliau tidak mahu menjalani kehidupan seperti saya.”

Anaknya, Wang Sicong, 28, merupakan pengarah di empayar bapanya itu dengan memegang 2 peratus saham. Sejak kecil, Wang memastikan anaknya itu mendapat pendidikan yang terbaik. Buktinya, Sicong dihantar ke England untuk bersekolah dan berjaya menamatkan pelajarannya di University College of London dalam bidang falsafah.

Sicong juga adalah pengasas Prometheus Capital pada tahun 2011 dan turut membuat pelaburan dalam Invictus Gaming, Dining Concepts Holdings. Meskipun hidup dalam kemewahan, Sicong dikenali netizen kerana sikapnya yang merendah diri dan hidup seperti rakyat kebanyakan.

Sicong pernah menjadi bualan netizen dan media tempatan selepas memuatnaik gambar anjingnya yang diberi nama Wang Keke di media sosial Weibo.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah, anjingnya itu dipakaikan Apple Watch dan dihadiahkan lapan iPhone7. Eh, reti pulak anjing tu nak pakai phone kan…

Di negara yang mempunyai jurang kekayaan yang luas, sudah pasti gambar tersebut dikecam kerana jam tersebut dijual pada harga RM4,500 hingga RM7,200 di China dan ianya melebihi gaji bulanan pekerja pejabat di China.

Wang bagaimanapun tidak memarahi dan memaksa anaknya itu mewarisi harta beliau. Beliau menerima keputusan anaknya yang ingin menjalani kehidupan seperti orang biasa itu.

“Mungkin anak muda mempunyai keinginan dan keutamaan mereka sendiri.

Mungkin ianya lebih baik jika diserahkan kepada pengurus profesional sambil memantau bagaimana mereka menjalankan bisnes.” kata Wang.

BACA: ‘Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu’, Wanita tak sangka cincin dibeli RM47 di pasar karat sebenarnya bernilai RM3 juta