Dunia sekarang keras. Semua benda naik harga daripada ke makanan, minyak, bil, sampailah yuran sekolah dan sewa rumah.
Aku decide untuk kerja dan bantu tambahkan income household aku. Aku bekerja sebagai admin di sebuah syarik4t yang besar sementara suami aku kerja sebagai accountant.
Gaji aku alhamdulillah memuaskan. Tambah lagi gaji suami aku, jadikan kami hidup selesa.
Anak tunggal aku, pada mulanya aku hantar ke tadika dan aku ambik balik lepas aku habis kerja. Masalah timbul bila aku culas buat kerja – kerja rumah.
Mungkin salah aku terlalu penat bekerja. Selalu order luar. Dan biasa lah anak kecik ketika balik rumah, main, akan berselerak.
Lumrah kerja dari pagi sampai ke patang, akan dibawak juga ke rumah. Suami aku mula tegur aku tentang rumah yang bersepah. Sampai dia cadangkan untuk cari orang gaji.
Aku mula – mula macam tak nak fikirkan kos. Keselamatan anak lagi. Lepas 2 – 3 minggu jugak fikir masak – masak, aku ikut cakap suami. Dia dapat cari orang gaji dari negara seberang. Orangnya muda, polos, tapi cekap buat kerja rumah.
Dia pun pandai memasak. Aku panggil dia Baba (bukan nama sebenar). Aku cuak jugak sebab kes d3ra dah berleluasa sekarang ni but so far masa tu aku tengok okay. Dia sangat pandai jaga anak aku. Memang aku lega sangat.
Alangkah indahnya hidup aku waktu tu. Aku tak ada rushing ambik anak. Balik rumah makanan dah tersedia, rumah kemas, anak bersih wangi sambut aku balik rumah. Suami aku pun nampak lagi happy dan selalu belikan aku hadiah bila dia dapat bonus. Aku pun bersyukur la dengan apa yang ada.
Pejam celik dah setahun lebih Baba kerja. Anak aku pun mula start masuk sekolah. Alhamdulillah ada sekolah yang berdekatan dengan rumah jadi suami aku yang akan hantar dan ambik dia. Tak lama lepas tu, Baba macam banyak kali pening dan asyik munt4h.
Aku belikan ubat tahan s4kit pun tak jalan jugak. Aku ajak dia pergi kIinik dia tolak kata s4kit dia tak teruk mana. Sampai satu hari, aku pergi ke pejabat dan terlupa bawak laptop aku. Bila balik aku dengar suara Baba nyaring macam tengah berg4duh.
Masa aku tengah cari kunci aku dengar suara Baba jerit, “Aku hamil mas!”. Aku tak tunggu apa, jumpa kunci, bukak pintu dan tengok Baba pegang UPT tengah tunjuk pada suami aku. Suami aku tengah pegang kepala dia. Anak aku duduk sofa sambil susun buku dalam beg.
Aku betul – betul rasa macam tengah tengok sinetron masa tu. Aku tanya diorang apa yang aku dengar betul ke? Nafsu marah aku bergolak dan aku tanya diorang. Aku nak ser4ng Baba tapi suami aku halang. Anak aku mula panik and takut.
Dia cuba pujuk dan tenangkan aku. Suami aku berdalih, kata memang Baba mengandung tapi bukan anak dia. Aku tengah giIa aku tanya, “Berapa banyak kali korang main dalam rumah ni?” Tiba – tiba anak aku mencelah dan cakap dengan aku supaya jangan marah Papa dia main dengan Baba.
Anak aku kata memang sebelum sekolah Papa dengan Baba akan main sama – sama. Dia selalu tengok sambil tunggu nak pergi sekolah. Biru terus muka Baba dan suami aku. Aku suruh anak aku ambik beg dia dan hantar dia pergi sekolah. Menggigil tangan aku masa drive tu.
Aku mintak cuti dari bos aku dan pergi ke hidden spot cafe tempat aku selalu healing alone. Phone aku penuh noti call dan mesej suami aku. Aku block dia. Aku tak tau nak buat apa dan sekarang ni aku tengah tulis confession ni dalam cafe.
Lama aku duduk termenung fikir. Aku buntu. Salah aku ke kerja nak tambahkan income household? Salah aku ke terima Baba dalam family aku? Sampaikan diorang bermaksi4t depan mata dan dengan pengetahuan anak aku sendiri. Aku tak tau nak buat apa sekarang ni. – Matahari (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ann Fardan : Jangan duduk kat cafe.. sy4itonnirajim mudah menghasut. Pergi cari masjid berdekatan… tenang – tenang ambil wuduk mengadu padaNYA. Setiap yang berlalu dengan izin Allah walau akibat kealpaan kita sebagai manusia yang lemah.
Awak sebagai isteri tak salah cuma terlalu percaya suami. Suami awak khianat kerana ada peluang dia rembat. Baba tu salah sebab dia muda termakan pujukan nafsu. Makanya kembali pada Allah. Minta diberi petunjuk dan jalan keluar yang terbaik.
Isyqi Mazlan : Isk.. teringat jugak time aku Ada helper. Suami tak terpik4t tapi si helper guna apa sahaja cara untuk pik4t suami. Sikit – sikit suami pun cam dah kena secara halus (sebab dia paling banyak makan apa yang helper masak) but not me sebab aku tak suka masakan dia.
Tapi mujur aku bertindak awal sebab nampak sangat effort dia nak pik4t husband, dan uncle aku. Sebelum dia di hantar balik, sempat dia tinggalkan 3 barang yang cuma husband aku je boleh jumpa.
Masa berubat suami siap munt4h anak ayam dan benda – benda kotor lain. So siapa nak Ada helper dari sana, hati – hati la. Antara dia mahir ilmu sih1r atau ilmu pik4t lelaki – lelaki. Semoga Allah sentiasa pelihara keselamatan dan kebajikan kita.
Siti Aznida : Boleh terus ke mahkamah, cari lawyer dan mohon cerai. Selamatkan anak yang sedikit sebanyak dah dirosakkan oleh 2 binatang tak malu tu. Balik rumah parents. Tak payah salahkan diri sendiri sebab bekerja.