Anak buah ‘atok’ bocorkan rahsia resepi KFC, rupanya senang je resepinya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kentucky Fried Chicken (KF) atau lebih sinonim dengan gelaran ‘Kepci’ oleh warga Malaysia, merupakan salah sebuah rantaian restoran makanan terkenal di dunia.

Menu utamanya bagi francais ini, sudah semestinya ayam goreng dan resepinya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini disebabkan ia bersifat sulit.

Walau bagaimanapun, anak buah kepada pengasas KFC didakwa membocorkan resepi rahsia KFC yang popular dengan penggunaan 11 herba dan rempah ratus.

Anak buah ‘atok’ bocorkan rahsia resepi KFC, rupanya senang je resepinya

Resepi yang didakwa bocor itu dipercayai ditemui di belakang wasiat yang ditinggalkan oleh isteri pengasas KFC, Colonel Sanders.

Menurut Chicago Tribune, anak buah pengasas KFC, Joe Ledington berkongsi buku skrap keluarganya yang didakwa mengandungi wasiat Claudia Sanders, iaitu isteri kepada Colonel Sanders.

Anak Saudara Kolonel Sanders Bocorkan Resepi Rahsia 11 Rempah Ayam Goreng  KFC

Di belakang kertas wasiat tersebut, terdapat tulisan berdakwat biru yang berkongsi ukuran 11 herba dan rempah ratus tersebut secara spesifik.

Antara 11 bahan yang didakwa sebagai resepi ayam goreng KFC tersebut termasuklah garam, lada hitam dan lada putih.

Walaupun Leddington mengaku kurang pasti dengan kesahihan resepi yang ditemuinya, dia yakin ramuan utama dalam resepi tersebut adalah lada putih.

“Saya menganggapnya sebagai resepi rahsia. Tiada sesiapa pun (merujuk era 1950an) yang mengetahui kewujudan lada putih pada ketika itu. Tiada sesiapa yang tahu bagaimana untuk menggunakannya,” terangnya.

Susulan itu, pihak Chicago Tribune telah melakukan percubaan untuk memasak ayam goreng dengan menggunakan resepi tersebut. Percubaan tersebut dibuat adalah untuk melihat sama ada resepi misteri tersebut mampu menyamai rasa produk yang asli.

Setelah melakukan percubaan tersebut, pihak akhbar tersebut mengesahkan bahawa ayang goreng yang menggunakan resepi tersebut memiliki rasa yang mirip dengan ayam KFC.

KFC mendakwa bahawa resepi misteri tersebut adalah palsu

Dalam pada itu, pembongkaran resepi tersebut turut menarik perhatian daripada pihak KFC sendiri. Difahamkan, francais makanan popular itu menegaskan resepi yang dikongsi Ledington merupakan resepi yang palsu.

Menurut Daily Mail, resepi asal rempah ayam goreng KFC ditulis tangan oleh Kolonel Sanders pada 1940. KFC berkata, resepi tersebut kini ‘masih disimpan dalam peti besi digital dengan ketebalan dua kaki.’

Malah, resepi asal tersebut turut dipantau 24 jam setiap hari menerusi video serta sistem pengawasan dan pengesanan pergerakan.

BACA: Tiba-tiba dapat panggilan mahkamah minta bayar saman? Peguam ini dedah cara elak kena scam