Anak bekas Perdana Menteri berpangkat Tan Sri pula disiasat SPRM

Oleh INFORAKYAT

Anak bekas Perdana Menteri berpangkat Tan Sri pula disiasat SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil anak bekas perdana menteri

Tujuannya adalah untuk merekodkan kenyataan berhubung siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

Anak bekas Perdana Menteri berpangkat Tan Sri pula disiasat SPRM

Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 .

Sumber menyatakan kenyataan individu itu diambil selepas dia hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 10 pagi Isnin.

Difahamkan individu terbabit disebut dalam Panama Papers, tetapi masih tidak pasti sama ada SPRM sedang menyiasat dakwaan yang dinyatakan dalam dokumen itu.

Menurut sumber, SPRM masih belum memanggil ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan bekas menteri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara melebihi RM2.3 bilion.

Sumber itu berkata lagi, SPRM kini dalam proses menganalisis dokumen berkaitan pemerolehan dagangan saham dan penjualan saham membabitkan syarikat tersenarai yang dipercayai diterajui ahli perniagaan itu.

“SPRM juga menjejaki aset yang dimiliki oleh dua tokoh lain yang diperoleh melalui ketirisan dalam dana kerajaan,” kata sumber.

Pada 19 Mei lalu, media melaporkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Siasatan itu bertujuan untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dana berjumlah lebih RM2.3 bilion milik negara.

Difahamkan, siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit yang dibuat oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mengenai transaksi yang disyaki di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

SPRM merekodkan keterangan 14 saksi dalam tempoh beberapa minggu lalu, termasuk keterangan ahli perniagaan dan bekas menteri itu.

Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu menyatakan siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 akta SPRM 2009 mengenai kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah dan kesalahan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

BACA:

Gangster terkenal tahun 70-an dan 80-an yang ramai tak tahu, ini 7 rahsia Botak Chin berjaya rompak 8 kedai dalam sebulan

“Aku tiada kekuatan nak lafaz cerai, aku tengok muka anak, aku kesian, segalanya bermula bila aku terbuka google photo di telefon isteri”