Amy Mastura beri pesananan buat para suami – ‘ Nak poligami jangan sorok-sorok’

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pelakon dan penyanyi Amy Mastura berpendapat bahawa lebih mudah untuk melepaskan seseorang

jika seorang isteri menganggap suami hanyalah pinjaman sementara dalam kehidupan.

“Suami Hanya Pinjaman”

Pelakon filem Puteri Impian itu mengingatkan bahawa segala yang hidup di dunia ini adalah milik Tuhan semata-mata.

“Bukan mudah untuk kita rasa macam itu, tapi realitinya begitu. Tiada apa dalam dunia ini yang benar-benar milik kita.

Amy Mastura beri pesananan buat para suami – ‘ Nak poligami jangan sorok-sorok’

Kita kena anggap suami ini bukan kita punya sebab nanti mereka akan tinggalkan kita, sama ada disebabkan orang ketiga ataupun Tuhan sendiri yang akan ambil

. Kalau kita rasa suami itu kita punya, memang sukar untuk melepaskan.”

Amy berkongsi pandangannya ini ketika ditemui oleh OhBulan! semasa sidang media drama Berbahagi Suami yang berlangsung di The Fleur, TTDI, pada Rabu.

Dalam pertemuan tersebut, pemilik nama sebenar Amy Mastura Suhaimi ini turut menyuarakan harapan agar para suami tidak mengamalkan poligami secara rahsia.

“Para-para suami, saya rasa lebih baik jangan buat sorok-sorok. Sebab bila suami buat secara sembunyi, itu yang jadi kemarahan.”

BACA: Tak makan sorang, Mawi ‘bedak-bedak’ bonus RM200,000, agih pada krew dan pelakon