AMLA, jenayah yang tak gugat nyawa orang tapi kena denda RM 5 juta! AMLA tu apa?

Oleh DAHLIA MARZUKI

Di era modern yang penuh teknologi ini, kemajuan teknologi telah memudahkan banyak aspek kehidupan harian orang ramai.

Namun, sementara teknologi memberikan manfaat besar, ia juga membawa risiko yang lebih besar jika sifat tamak dan keserakahan mulai mengambil alih.

Hingga saat ini, kita menyaksikan peningkatan dalam jenayah yang melibatkan wang setiap tahun.

AMLA, jenayah yang tak gugat nyawa orang tapi kena denda RM 5 juta! AMLA tu apa?

Ini termasuk penipuan gaya Macau, tautan phishing, perjudian dalam talian, dan juga aktiviti penggubahan wang haram.

Mungkin banyak dari kita telah mendengar tentang penggubahan wang haram sebelum ini, tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh frasa ini?

AMLA bermaksud ‘Anti Money Loundering Act’ atau dalam bahasa melayunya pengubahan wang haram/cuci duit.

Terdapat Tiga (3) peringkat atau proses bagi penggubahan wang haram atau juga selalu disebut ‘mencuci’ wang haram. Peringkat-peringkat tersebut ialah penempatan (placement), lapisan (layering) dan integrasi (integration).

Pada peringkat pertama dikenali sebagai PENEMPATAN. Kaedah ini di mana wang dari aktiviti haram yang diperolehi akan disimpan dalam bank atau mana-mana sistem kewangan yang sah.

Kemudian pada peringkat LAPISAN pula, akan berlaku proses mewujudkan pelbagai lapisan transaksi dengan menjauhkan lagi dari dana haram. Ianya bertujuan bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelakkan daripada ia mudah dikesan.

Peringkat akhir pula dikenali sebagai INTEGRASI di mana ia melengkapkan proses penggubahan wang haram. Dana haram ini akan dibawa masuk ke dalam sistem ekonomi seolah-olah ia dari sumber yang sah. Malahan ia akan dilaburkan atau dibelanjakan kepada tujuan-tujuan yang sah.

Pihak yang terlibat melakukan penggubahan wang haram boleh didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM 5,000,000 yang mana lebih tinggi.

BACA: Jangan cair dengan senyuman pramugari! Ini rahsia disebalik senyuman pramugari ramai tak tahu