Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

Oleh INFORAKYAT

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp. Pelakon Hollywood, Amber Heard tidak dapat membayar ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp yang juga seorang pelakon filem, kata peguamnya pada Khamis.

Peguamnya itu membuat kenyataan berkenaan selepas juri di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) memberikan ganti rugi tersebut kepada aktor filem ‘Pirates of the Caribbean’ yang menang dalam kes fitnah terhadapnya.

Kes fitnah itu berakhir Rabu lalu.

Depp, 58, menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM219.63 juta) kerana memfitnahnya dalam satu artikel di akhbar The Washington Post pada tahun 2018 yang menggelarkan aktor tersebut sebagai tokoh awam mewakili penderaan domestik.

Bagaimanapun, Heard yang berusia 36 tahun menyaman balas Depp sebanyak A$100 juta (RM438.50 juta).

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

Aktres itu kemudian menerima ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.77 juta) kerana peguam Depp, Adam Waldman menyatakan di sebuah akhbar bahawa dakwaan Heard itu satu penipuan.

Ditanya pada program televisyen ‘Today’ terbitan NBC jika Heard akan dapat membayar ganti rugi tersebut, peguamnya, Elaine Bredehoft menjawab seperti dilaporkan AFP: “Oh tidak, sama sekali tidak.”

Bredhehoft berkata, Heard mahu membuat rayuan berhubung keputusan itu. – Agensi

BACA:

Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari

Tebus baucer RM400 Shopee tahun 2022 sekarang

Nak pikat janda dalam kem, Jaga menyamar jadi pegawai tentera