Amazon umum RM25.5 billion pelaburan di Malaysia, bakal bina pusat data

Oleh INFORAKYAT

Amazon umum RM25.5 billion pelaburan di Malaysia, bakal bina pusat data.Amazon membuat pengumuman akan melabur sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia pagi ini di samping melancarkan pusat data Amazon Web Service (AWS) di negara ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden (Teknologi) Amazon Web Service, Mai-Lan Tomsen Bukovec hari ini di majlis AWS Cloud Day Malaysia.

“Diumumkan pelaburan terbesar kami di Malaysia sehingga kini,” kata Mai-Lan dalam majlis tersebut.

Amazon umum RM25.5 billion pelaburan di Malaysia, bakal bina pusat data

Turut hadir di majlis pelancaran itu adalah Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ucapan menerusi rakaman video di majlis AWS Malaysia Cloud Day di Kuala Lumpur itu.

Melalui pengumuman itu, Mai-Lan mengajak semua pihak melaksanakan aplikasi dan menyimpan data dengan selamat melalui AWS Services.

Sumber: https://harapandaily.com/amazon-umumkan-pelaburan-rm25-5-bilion-bina-pusat-data-di-malaysia/

BACA:

Bendahari Bersatu ditahan reman SPRM

Tahukah anda kenapa kapal ‘Titanic’ tidak diangkat keluar dari laut? Ini sebabnya