Amaran hujan lebat diberapa negeri di pantai timur

Amaran hujan lebat diberapa negeri di pantai timur

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca waspada itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) sehingga 19 Dis, sementara Johor (Mersing dan Kota Tinggi) pula sehingga esok (18 Dis).

Selain itu, amaran cuaca yang sama turut melanda Sabah melibatkan Lahad Datu di Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat dalam tempoh dua hari iaitu esok (18 Dis) sehingga 19 Dis.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555620

COMMENTS