Amar Baharin dedah perkembangan terkini isu tanah keluarga yang bertindih

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pelakon Amar Baharin melahirkan rasa syukur apabila isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih berjaya diselesaikan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor.

Menurut Amar, yang nama penuhnya Amar Mohd Baharin, pihak PTG telah memberikan penjelasan yang jelas mengenai isu tersebut.

PTG kini dalam proses menggantikan tanah baru untuk keluarganya.

“Mereka sudah mengambil tindakan di mana mereka akan menggantikan satu tanah baru.

Sekarang, saya hanya menunggu nama tanah itu didaftarkan sepenuhnya di bawah pihak kerajaan.

Amar Baharin dedah perkembangan terkini isu tanah keluarga yang bertindih

Selepas itu, barulah tanah tersebut akan diserahkan kepada kami sebagai ganti,” jelas Amar.

Amar turut menambah bahawa isu ini diselesaikan tanpa melibatkan pihak polis atau sebarang unsur rasuah.

Beliau berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, TTDI, pada Rabu.

Ucapan Terima Kasih kepada Media

Dalam pada itu, Amar sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membantu membuka mata pihak berkuasa mengenai isu ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang membuat liputan tentang hal ini.

Sedikit sebanyak, ia membuka mata pihak atasan terhadap masalah rakyat yang sering berlaku sekarang,” katanya.

Amar, yang juga suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosli, turut menasihati agar orang ramai menggunakan saluran yang betul untuk melaporkan masalah yang dihadapi.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak berkongsi butiran lanjut mengenai isu ini kepada umum.

BACA: Jangan sampai LHDN ketuk pintu, ini cara semak nombor cukai ramai tak ambil tahu