Amanah Shah Alam jawab tuduhan murahan Murali

Amanah Shah Alam jawab tuduhan murahan Murali

Saya rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan yang bagi saya bersifat murahan daripada saudara Murali Abdullah yang secara jelas melibatkan Amanah Shah Alam.

Selaku pimpinan Pemuda Amanah Shah Alam, saya bertanggungjawab bagi memastikan imej dan kedudukan Amanah Shah Alam dalam keadaan terpelihara.

Pertamanya, tuduhan sdr Murali Abdullah yang mengatakan Amanah menuduh PAS ambil duit UMNO RM100 juta. Ini adalah laporan yang didedahkan oleh Sarawak Report. Tahukah sdr Murali Abdullah, PAS pada mulanya memulakan Saman terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justic, Queen’s Bench Division) akhirnya terpaksa menarik semula saman selepas kes diselesaikan di luar Mahkamah dan PAS membayar lebih RM1.4 Juta kepada Sarawak Report.

[Baca Artikel Ini]
https://www.sarawakreport.org/…/time-to-clear-the-air-on-t…/

Saya juga ingin mencabar sdr Murali Abdullah, siapakah nama Pegawai Amanah yang dikatakan menipu itu? Menuduh orang tanpa menyebutkan nama sebenarnya seorang yang penakut seperti mana tuduhan Presiden PAS menuduh calon Pakatan seorang pengedar pil kuda pada PRU13.

[Lihat Video Ini]
https://youtu.be/gmiJairllyI

Jika saudara Murali Abdullah kata ”Amanah parti bukan Islam dan parti kaki fitnah.” Saya tiada masalah. Saya sertakan artikel ini dari parti Islam yang sebenar buat tatapan saudara Murali Abdullah.

Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar
https://www.bharian.com.my/…/razman-kena-bayar-rm200000-kep…

Husam menang saman fitnah dakwaan seleweng tanah
https://m.malaysiakini.com/news/431399

Hassan Ali setuju bayar ganti rugi RM200,00 kepada Khalid Samad
https://www.freemalaysiatoday.com/…/hassan-ali-setuju-baya…/

Kes saman fitnah selesai, Wan Asshima mohon maaf pada Khalid
https://m.malaysiakini.com/news/490477

Terima biaya DAP: Mahkamah arah Wan Zawawi mohon maaf kepada Husam
https://www.google.com/…/www.sinarharian.c…/ampArticle/34535

Nasrudin tarik balik kenyataan fitnah terhadap Guan Eng
http://www.themalaysiantimes.com.my/nasrudin-tarik-balik-k…/

Teresa menang saman terhadap Ketua Pemuda Pas Selangor
https://www.google.com/…/www.sinarharian.c…/ampArticle/71608

Bukan itu sahaja, semasa Pakatan Harapan dalam Pentadbiran kerajaan, MAIWP selaku agensi agama Islam telah difitnah dengan artikel :“Tiada Satu Pun Sekolah Menengah Agama di Wilayah” oleh Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Laporan tidak tepat itu telah dijawab oleh Unit Komuikasi Korporat MAIWP.

https://www.google.com/…/maiwp-nafi-dakwaan-tiada-seko…/amp/

Saya ingin berpesan kepada sdr Murali Abdullah, setinggi mana pun darjat seseorang itu tidak boleh menjamin dirinya sendiri masuk syurga, apatah lagi memberikan jaminan kepada orang lain masuk syurga dan terlepas daripada api neraka. Janganlah cuba tentukan syurga dan neraka orang lain kerana syurga neraka itu adalah hak Allah. Kata-kata sdr Murali Abdullah yang mengatakan Amanah akan membawa ke neraka jahanam, itu adalah bahaya kerana ia bersifat takfir. Saya berharap jangan ulangi lagi kata-kata sedemikian.

Kepada sdr Murali Abdullah yang pernah berada dalam Amanah khususnya di Amanah Shah Alam saya doakan agar diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan kepada semua hambaNya.

Saya sampaikan salam daripada seluruh kepimpinan Amanah Shah Alam yang diketuai Tuan Haji Azli Yusof serta Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad kepada sdr Murali Abdullah dengan lafaz, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Abdul Razak Bin Nordin
Naib Ketua Pemuda
Amanah Shah Alam

Sumber :

COMMENTS