Amanah sebuah parti politik yang berprinsip

Amanah sebuah parti politik yang berprinsip

Asas Amanah ditubuhkan adalah sebagai satu parti politik yang membawa teras perjuangan arwah TGNA. Arwah disegani dan dihormati oleh lawan dan kawan.

Rahmat Allah untuk semua adalah hidangan minda yang dibawa untuk rakyat Malaysia oleh parti AMANAH NEGARA.

Pimpinan AMANAH terdiri dari mereka yang telah matang berpolitik dalam tempoh yang lama. Senioritinya memang tidak boleh dipertikaikan. Dalam begitu,sungguhpun usia parti agak baru,namun Allah telah menguji dengan memberi kuasa sebagai sebahagian dari kompenan pemerintahan PAKATAN HARAPAN.

Selama mana berkerajaan,pemimpin AMANAH yang diberi amanah sebagai menteri telah berjaya sedikit sebanyak memahami pemerintahan negara sambil menyumbang kepada kecemerlangan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Penjimatan wang rakyat telah dapat dilakukan dengan cara melaksanakan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran.

Pun begitu,harus dingat bahawa yang melaksanakan pemerintahan adalah manusia. Kekurangan dan kelebihan ditahap manusia tidak lengkap semuanya. Ada isu-isu yang lambat ditangani kerana terlalu bersikap lunak dan ada isu-isu rakyat dibiarkan tanpa ditangani denagan segera.Semua itu adalah rencam dalam pemerintahan sesebuah negara. Pantai yang bersih pun tetap dilanda gelora bila tiba musimnya,ini kan pula kerajaan!

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Cerdik pandai bangsa kita telah meninggalkan pesanan buat kita semua agar kita semua bersatu padu. Lebih-lebih lagi dalam cabaran kita kehilangan kuasa dek kerana pengkhianatan yang telah berlaku. Hari-hari yang kita harungi agak mencabar dan penuh keperitan lebih-lebih lagi lagi parti kita parti Amanah adalah parti baru.

Apa pun cabaran yang kita terima samada ujian dari luar parti atau dari dalam parti kita sendiri,maklum sahajalah lain orang lain pandangannya walaupun begitu ianya tidak harus menjadikan ada ruang penghalang kepada kita semua terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Sebesar mana pun cabaran yang terpaksa kita pikul namun jika kecintaan kita menebal kepada parti kita,kita tetap akan harungi secara bersama.

Apa jua arahan yang kita terima dari pimpinan kita akan kita patuhi selagi mana ianya tidak bercanggah dengan agama kita dan undang-undang!

Mereka yang pergi meninggalkan parti kita,kita ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.

Saluran parti hendaklah kita gunakan sebaik mungkin agar tidak terjadi luahan perasaan terhadap sebarang kepincangan terluah kepada ruang SOSMED.

Kebijakkan kalau tidak digunakan pada tempatnya akan menjadi seperti tikus membaiki labu.

Hendaknya antara kita terus menghormati keputusan yang dicapai secara kesepakatan dalam mesyuarat secara majoriti adalah keputusan akhir. Semua orang ada dia punya idea dan pandangan,jika tidak dijadikan keputusan setelah diputuskan dalam mesyuarat,janganlah pula merajuk tidak datang lagi mesyuarat,amalan begitu bukanlah tingkah yang mulia.

Mana mungkin DAMAI dapat dicapai jika hati dipenuhi dengan berprasangka…!

AMANAH adalah sebuah parti yang paksikan RAHMAT UNTUK SEMUA. Sebuah parti yang teguh pada perdamaian. Bukan sebuah parti yang menonjolkan kekuatan fizikal tetapi sebuah parti yang mengutamakan perpaduan.

Clear cristal,pimpinan kita telah memutuskan percalonan Datuk Seri Anwar ibrahim sebagai calon PERDANA MENTERI Pakatan Harapan dengan sokongan kesebelasan MP dari kita. Dalam begitu,harus juga kalangan kita jangan terlalu ghairah sehingga memadamkan prinsip perjuangan kita.

PART KITA tetap menentang sebarang bentuk cubaan menyanjung mereka yang rasuah dan mereka yang menguriskan perasaan rakyat Malaysia dengan menjarah harta rakyat Malaysia sekian lama.

Rules Of Law yang kita junjung harapnya jangan kita lacurkan semata-mata kerana hendakkan kuasa.

Usaha mengambil mandat rakyat hendaklah kita ambil secara tertib,muafakat tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang kita teriakkan kepada masyarakat sekeliling di PRU 14 yang lalu!

Nyamuk Menggigit
23 Oktorber 2020

Sumber :

COMMENTS