Amanah Rantau Panjang Terus Program Cakna Rakyat

Amanah Rantau Panjang Terus Program Cakna Rakyat

Alhamdulillah aktiviti dan kerja-kerja sosial Amanah Rantau Panjang tetap berterusan, samada kami masih Kerajaan Pusat ataupun tidak, kerja kebajikan tetap berterusan seperti dulu. Kita buat semampu dan seupaya kita boleh membantu seadanya.

Kalini Kit Akhir Ramadhan di agihkan terus ke asnaf-Asnaf yang memerlukan di kampung-kampung dalam DUN Apam Putra, Gual Periok dan Chetok. Ini adalah kali ke berapa aktiviti yang telah dibuat sejak PKP dilaksanakan haritu.

Amanah Rantau Panjang antara kawasan terawal yang ditubuhkan di Kelantan bersama Amanah Kawasan Tumpat untuk membentuk Amanah Negeri Kelantan.

Aktivis Parti Amanah Rantau Panjang kebanyakan berpengalaman dalam parti dinosor, ngo, aktiviti kemasyarakatan dan memiliki lebih 68 cawangan Amanah (yang dah lulus dengan tengah proses di Ros) antara yang terbanyak di Kelantan.

Dipimpin oleh profesional, aktivis dan ustaz diketuai oleh Dr Wan Shahjihan Din, Lawyer Mohd Ridzuan Muhamad, Syam Ghaz, Mud Noh Yahya, Wan Balya, Hj Leh, AQu Azizi dan AJK2, Pemuda, Awan, Warda dan lain-lain.

Moga dapat ringgankan beban penerima dan Allah SWT memberkati usaha kecil kami, terus bergerak kerja walaupun sukar usaha tetap diteruskan bagi membantu seadanya.

Maaf ada gambar yang kami terpaksa tidak masukkan kes aurat, permintaan penerima, berbeza warna parti dll. Di Kelantan ni sampai tahap pulau memulau dah. Agihkan Kit Bantuan Prihatin pun ramai yang berbeza warna dinafikan. Diskriminasi.

Doakan kami terus Istiqamah dan terus komited kembangkan Pakatan Harapan hingga kita berjaya mendapat semula Kerajaan Malaysia nanti. SG

Sumber:https://www.facebook.com/PartiAmanahRP

COMMENTS