AMANAH Parit Buntar agih 1000 bungkus daging korban

AMANAH Parit Buntar agih 1000 bungkus daging korban

Sempena Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 10 Zulhijjah 1441 Hijrah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama AMANAH Kawasan Parit Buntar seperti tahun-tahun sebelum ini, menganjurkan Program Korban Perdana di lima lokasi dalam parlimen Parit Buntar

Menurut Penyelaras Program Hairul Nizam Ishak, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan dan membabitkan 1000 bungkusan daging korban yang di agihkan kepada mereka yang layak di seluruh Parlimen Parit Buntar.

“ Program ini bertujuan untuk meninggikan syiar Islam melalui ibadah korban serta mendekatkan AMANAH Parit Buntar dengan masyarakat melalui sumbangan daging-daging korban.

“ Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengingat kembali peristiwa pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika Allah menguji baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Demi ketaatan melaksanakan perintah Allah kedua-duanya sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri” katanya

Hairul Nizam berkata, urusetia program di setiap lokasi telah menyediakan penyembelih dan petugas yang akan melaksanakan kerja melapah dan memotong daging korban.

“ Secara keseluruhannya segala gerak kerja ini dilakukan berjalan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“ Agihan daging korban kepada fakir miskin dibuat melalui 62 wakil AMANAH Cawangan dan wakil penduduk yang hadir mengambil daging korban” katanya

Tambahnya, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengadakan kunjungan ke semua lokasi berkenaan

“ Dr Mujahid dan rombongan memulakan kunjungan di Sungai Labu Atas kemudian Batu 11, Sungai Baru seterusnya di Batu 7 , Jalan Baharu dan berakhir di Dataran AMANAH Bagan Tiang

“ Dr Mujahid bertemu petugas dan turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil cawangan yang hadir” katanya

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Parit Buntar ialah Penyelaras DUN Kuala Kurau, Hamdan Fadel Ahmad, Penyelaras DUN Titi Serong , Mohd Adnan Razali dan Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhammad Nakhaei Abd Wahab

AMANAH Kawasan Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban AMANAH Kawasan pada tahun ini.

Sumber :

COMMENTS