Amanah buktikan Rahmatan lil Alamin bukan omong kosong

Amanah buktikan Rahmatan lil Alamin bukan omong kosong

Kita bercakap perihal kemanusiaan manusia tanpa melihat bila dan siapa. Tanpa perlu mencongak untung rugi dalam politik. Itu tidak baik, tidak jujur dan tidak adil. Apatah lagi untuk isu kemanusiaan Rohingya yang sudah menjadi perbincangan dan simpati umum dunia.

Ketika Amanah ditubuhkan; dasar, falsafah dan matlamat perjuangannya juga adalah luas namun jelas. Ia tidak sesempit yang difitnahkan Haji Hadi bahawa kononnya Amanah ditubuhkan oleh Anwar, dan Ironinya sesekali kononnya juga oleh Dap!?

Hakikatnya, Amanah ditubuhkan oleh pencinta-pencinta perjuangan Islam, para pejuang yang mukhlis dengan agama (bukan parti) dan pembela rakyat yang bila-bila masa berani berdiri membela “without fear and favour.”

Amanah jauh daripada tuduhan Isti’jal (tergopoh-gopoh untuk menang menjadi kerajaan) sepertimana propaganda murahlis Idris Ahmad, kerana Amanah terbukti mendirikan Kerajaan Pakatan Harapan melalui pintu hadapan, yakni dengan mandat rakyat melalui PRU14 dan bukannya membina kerajaan tebuk atap yang merampas mandat rakyat dengan “alasan sawan” untuk menyelamatkan keadaan. PN itu lah Isti’jal sebenar!

Usaha mereka meruntuhkan kerajaan PH dengan segala cara fitnah, adu domba dan pecah perintah telah bermula sejak hari pertama kerajaan PH mengangkat sumpah. Wujud usaha keras, turun naik tangga Putrajaya dan hasutan pengkhianatan berterusan daripada hari pertama itulah makanya Kerajaan PN yang rapuh dan takut berhadapan Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen itu terbentuk.

Anjakan tarikh pembukaan sidang Parlimen itu sendiri adalah bukti, strategi “buying time” yang sedang dilakukan bagi memberi laluan “politik agihan ghanimah” berlaku. Amanah ditawarkan untuk bersama, tetapi menolak daripada terlibat khianat.

Saat dimandatkan rakyat untuk Amanah bersama dalam kerajaan PH, Amanah berjaya meyakinkan rakan-rakan Pakatan yang membentuk kerajaan bagi menetapkan visi pembentukan sebuah Negara Rahmah. Mentadbir dengan menyambung misi yang ditinggalkan baginda Rasul saw iaitu Rahmatan lil Alamin, Rahmat untuk semua.

Satu pendekatan progresif dalam memposisikan methode dan formula pentadbiran Islam bertaraf negara dan dunia, bukan sebatas nafsu nafsi sebuah parti pemicu budaya takfiri.

Penonjolan agama Tauhid melalui “dakwah bil hal” para pengamalnya, yakni kecantikan akhlak, dakwah dan Islah, musyawarah dan hujjah. Berusaha ke arah membina politik nilai, politik mendidik, politik idea dan hujjah dan politik rahmah. Sekaligus meninggalkan politik fitnah, politik adu domba dan politik propaganda semangat yang didorong oleh asobiyah walau apa jua wajah dan warna .

Pada saat Amanah diuji AlLah dengan kehilangan kuasa kerajaan, Amanah tetap utuh dan tegas berdiri dengan dasar dan sikap kemanusiaannya, again without fear and favour.

Amanah tidak mencabar dan juga tidak meremehkan perbedaan pandangan sekalipun datang daripada rakyat biasa yang sedang marah-marah. Boleh jadi ada yang kurang faham, mendapat maklumat yang salah seperti terhasut dengan bahan-bahan propaganda fitnah bertujuan menyemarakkan kebencian terhadap bangsa Rohingya. Kita sedar dan boleh melihat bahan-bahan tersebut kini sedang rancak berlegar di media sosial.

Keutamaan Amanah adalah memupuk kefahaman dan keikhlasan tulus kita dalam mengamalkan didikan dan semangat Islam. Walau dalam apa jua keadaan, kesulitan dan kita sendiri kini sedang diuji Tuhan. Bersabar dan kuatkan kesabaran kita. Pertolongan AlLah akan turun dan milik mereka yang bersabar.

Sekalipun jika untuk itu, Amanah terus dituduh dengan tuduhan ulangan, propaganda para penunggang. In shaa AlLah, kemanusiaan dan kebenaran tetap mengambil tempat utama dan pertama kita. Keselamatan rakyat kita – iyya nombor satu. Tetapi tidak menjadikan kemanusiaan kita harus duduk pada tempat kedua.

Ironinya, agak memusykilkan kita mengapa langsung tidak kedengaran suara parti-parti pembela agama. Proksi-proksi mereka yang mengusung pelbagai nama, jenama, logo dan slogan pembelaan Islam penuh semangat juga menikus. Adakah mereka ini enggan mengulas kerana takut kehilangan undi serta sokongan daripada segelintir rakyat yang sudah termakan, terbiasa dengan budaya hasut, fitnah dan adu domba dibudayakan oleh mereka?

Sehingga kini, baik Menteri atau yang bertaraf Duta Khas PM senyap, sekalipun ada ummat Islam yang sudah maut di atas laut.

Apa sebenarnya Dasar dan Sikap Kerajaan PN Melayu Islam ini kepada Isu Kemanusiaan Ummat Islam Rohingya??

Apa tindakan mereka ke atas para penghasut seperti Ramesh Rao ini, dan sebenarnya ramai lagi? Semua ok kerana mereka bukan Dap?

Sumber :

COMMENTS