Jika dilihat anak selebriti zaman sekarang, sejak kecil lagi sudah diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk atas tiket ibu bapa.
Namun ada juga yang memilik untuk menceburi bidang sendiri dengan bakat yang ada dalam diri.
Buat penyanyi Jatt Ali, dia bangga dengan anaknya, Allisya yang kini aktif menyanyi di hotel lapor Harian Metro.
Baginya, Allisya lebih rela bermula dari bawah daripada bergantung dengan namanya dan ibunya yang juga bekas isteri Jatt, Sharifah Shahirah.
“Kalau nak diikutkan, Allisya ada laluan mudah kerana saya dan bekas isteri, Sharifah Shahirah atau Shiera juga sama-sama terbabit dalam bidang seni.
“Tapi Allisya tidak suka jalan singkat sebegitu. Dia mahu dikenali sebagai penyanyi bersandarkan usaha dan bakatnya sendiri.
“Allisya juga tidak suka jika ada orang bandingkan dia menyanyi tidak sedap seperti suara saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama Jatt tidak pernah memaksa anaknya menjadi penyanyi dan menyokong apa sahaja minat anak perempuannya.
“Saya tidak pernah paksa Allisya untuk menjadi penyanyi semuanya terpulang pada minatnya.
“Nasihat saya padanya jangan ambil jalan singkat kerana dia perlu kerja keras untuk menjadi penyanyi yang bagus.
“Allisya sendiri memang tidak mahu jalan singkat dengan sekadar bersandar nama kedua ibu bapa dan itu yang saya suka dengan dirinya,” katanya.
Bercakap soal nyanyian, Jatt sering memberi Allisya tip untuk buat persembahan malah pernah menghadiri persembahannya di kelab secara rahsia untuk beri sokongan.