‘Allah itu maha Adil.. Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Sebenarnya saya contemplating nak tulis Part 2 atau tidak.

Tapi beginilah, saya tulis bukan untuk buka Aib. Saya tulis untuk luahkan yang terbuku.

‘Lagi sekali u buat, I doakan u mati accident. Rahsia suami terbongkar selepas meninggal dunia, aku maki suami dalam kubur’

Even anak anak saya pun, saya tak beritahu mengenai kisah ini. Biarlah mereka anggap ayah mereka baik.

Juga untuk pengetahuan, masa scandal A pertama. Saya simpan aib dia sehingga keluarga saya dan teman rapat pun tak tahu.

‘Allah itu maha Adil.. Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’

Yang tahu cuma adik beradik aruwah dan seorang Kawan saya sahaja.

Memang saya simpan sehinggalah kes dengan Z baru saya beritahu keluarga saya dan beberapa orang Kawan.

Saya rasa dah separuh giila. Saya tak boleh tidur dengan betul. Saya tak boleh makan.

Berat saya turun 5 kg dalam masa sebulan. Saya rasa hati saya pecah dan hancur.

Jadi janganlah minta saya bersabar dan memaafkan sekira anda tidak berada dikasut saya.

Apa yang saya ceritakan disini cumalah 30% dari cerita sebenar. Yang sebenarnya lebih teruk dari yang saya tulis.

Masalahnya, saya tidak buka aib A, tapi Z yang buka.

Lepas aruwah meninggal dia bermessage dengan Kawan A, beritahu dia Adalah girlfriend A. Cerita semua dekat Kawan aruwah, H.

Beritahu yang A kata hubungan dia dengan saya adalah fake. Terpaksa demi anak anak.

Beritahu A kata dia tak Bahagia hidup dengan saya. Screensh0t semua whatsapp2 A dengan dia.

Kemudian, hari hari selepas A meninggal Z upload status hari hari meratab hiba, sedih kononnya. Upload gambar berpelukan dengan A.

Bukankah itu membuka aib?

Saya cakap dengan Z, ‘Please respect A’s family. Kalau bukan saya, dia masih ada keluarga lain, ayah dan adik beradik’

Sebenarnya Z banyak kali minta A berkahwin dengan dia. Minta A buat pilihan antara dia atau saya.

A kata dia pentingkan anak anak.

Berani dia gunakan anak2 sebagai alasan?

Dan yang paling menghancurkan hati saya.

Sebenarnya dia balik jenguk anak anak hanya sebulan sekali. Kadang kadang 5 6 minggu sekali sedangkan dia balik rumah Z setiap minggu!

Dan setiap kali balik rumah saya pun dia akan balik rumah Z juga.

Yang luluh hati saya, masa birthday anak anak, saya hanya sambut dengan anak anak.

Padahal pada masa tu dia ada dirumah Z.

Dan rumah Z tu satu negeri yang sama cuma 1 jam perjalanan. Begitu juga masa anak sakit, dia ada Bersama Z langsung tak jenguk anak.

Paling menyakitkan, kereta yang dia guna untuk ulang alik rumah Z tu kereta saya!

Bila saya bising pasal balik sebulan sekali dia kata, kerja banyak. Balik guna duit banyak.

Padahal tiap tiap minggu balik jumpa Z.

Kalau Z begitu penting kenapa gunakan anak anak sebagai alasan untuk tidak berkahwin?

Saya boleh bagi free je sebab sorry to say gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Rumah nama saya, kereta dua dua nama saya. Saya tak kisah dicerraikan.

Dan banyak kali juga saya minta dia cerraikan saya. Tapi dia tak nak konon sayang.

Tapi saya bersyukur. Allah itu maha adil. Sejauh mana dia menipu saya. Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal.

Saya menyiasat bukan untuk korek aib. Saya menyiasat untuk dapatkan jawapan untuk saya dan anak anak.

Kalau Allah tak bukakan jalan saya tidak akan tahu sampai bila bila.

Saya juga bersyukur, Allah hentikan penipuan dia keatas saya dan anak anak.

Allah juga hentikan kesengsaraan saya dari ditipu lebih banyak.

Kepada Z saya katakan, ye saya boleh maafkan. Tapi saya doakan Allah beri balasan setimpal.

Kepada A apa yang dia lakukan sungguh berat untuk saya maafkan buat masa sekarang. Apa yang saya ceritakan hanyalah on surface sahaja.

Mungkin satu masa nanti saya akan maafkan. Tapi bukan untuk dia, tapi untuk diri saya dan anak anak.

Jangan risau, disebabkan saya insan teraniaya. Saya doa yang baik baik untuk diri saya dan anak anak. Semoga kami bertemu bahagia satu hari nanti.

Untuk yang membaca, terima kasih telah sama sama sakit hati seperti saya.

Jadi ambillah pedoman dari cerita saya ini.

BACA :“Naluri aku cakap suami aku ada perempuan lain, satu malam aku berdepan aku tanya rupa-rupanya…”