Rupanya, bukan hanya di Indonesia, kini negara jiran Thailand juga mula mengintai prestasi Malaysia yang digambarkan sangat mampan dan mengagumkan pada waktu ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, pengacara dari sebuah stesen televisyen Thailand
membincangkan prestasi pelaburan di Malaysia yang luar biasa dan lebih kompetitif berbanding negaranya.
“Sebagai contoh, di Thailand kami berusaha untuk mencapai tahap itu,
Tetapi jika melihat kepada pesaing dalam menarik pelaburan dari luar negara, Malaysia boleh dianggap sebagai pesaing yang menakutkan,” katanya.
Mereka juga berhasrat agar Thailand mampu menarik pelabur asing untuk melabur di dalam negara, sekaligus menyumbang kepada aliran dan pertukaran wang yang positif seperti di Malaysia.
Ini kerana, Malaysia berjaya menarik pelaburan puluhan bilion ringgit dari syarikat teknologi gergasi, terutamanya dalam industri kecerdasan buatan dan pusat data berteknologi canggih.
Dalam pada itu, mereka membandingkan jumlah dana pelaburan yang diterima antara Malaysia dan Thailand.
Secara purata, Malaysia dilihat memiliki pelaburan yang lebih besar berbanding Thailand, di mana syarikat terkemuka seperti Google, AWS, dan Microsoft menunjukkan pelaburan antara $400,000 (~RM1.7 juta) hingga $10,000,000 (~RM43 juta), manakala di Thailand hanya mencatatkan antara $343,000 (~RM1.4 juta) hingga $6,000,000 (~RM25 juta), dengan jumlah terendah hanya $200,000 (~RM862,200).
Selain menjadi hub kecerdasan buatan, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membekalkan cip semikonduktor kepada syarikat gergasi yang berpangkalan di dua kuasa dunia, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Perkongsian video ini menarik perhatian netizen tempatan, dan rata-ratanya gembira mendengar prestasi Malaysia yang semakin meningkat, terutamanya dalam mendapatkan pelaburan besar dari luar negara.
BACA: Apa masalah sebenar RUU Mufti? Ini ulasan mudah faham untuk rakyat bawahan dari peguam