Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid,
Mereka berkongsi pengalaman mereka ketika disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam podcast bersama hos Aidid Marcello, Aliff menceritakan detik cemas apabila didatangi pihak berkuasa dan hampir bermalam di lokap.
“Sejujurnya, ketika itu saya hampir tidur di lokap, tetapi saya bawa peguam.
Itu adalah saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” katanya.
Beliau menambah, “Polis tanya saya, ‘Awak nak kena gari atau nak beri kerjasama?
‘ Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan saya masa itu. Tahu-tahu, 15 orang polis datang nak tangkap saya.”
Pada masa kejadian, Shahida berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak mereka.
“Saya berada di Makkah waktu itu. Kami tengah bergaduh, dan perkara ini berlaku sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Asal bergaduh sahaja, ada dugaan,” kongsi Shahida.
### Diserbu SPRM
Shahida turut menceritakan detik mendebarkan apabila rumah mereka diserbu oleh pihak SPRM pada waktu pagi.
“Aliff tak ada di rumah waktu itu, dia berada di resort kami di Janda Baik. Pukul 7 pagi, saya tengok dari tingkat atas, ada kira-kira 20 orang datang,” katanya.
Tambahnya lagi, “Mereka masuk dan berkata, ‘Kami nak cari Aliff Syukri dan nak masuk rumah.’ Ketika itu pun kami tengah bergaduh. Asal bergaduh sahaja, ada bala.”
Walaupun begitu, Aliff tetap memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM.
“Saya jawab semua soalan dengan jujur dan beri kerjasama.
Mereka juga bongkar rumah dan periksa beg tangan saya. Mereka terkejut sebab tak banyak beg tangan, sebab saya memang tak suka kumpul beg,” jelas Shahida.
Menurut Shahida, Aliff juga menjadi sangat gelisah walaupun tidak bersalah.
“Dia takut nak balik rumah, walaupun tak buat salah. Aliff memang jenis cepat ‘gabra’,” tambahnya.
Pengalaman ini menjadi pengajaran besar buat pasangan tersebut untuk lebih kuat menghadapi ujian hidup dan menjaga hubungan rumah tangga.