Aliff Syukri kini jadi pemain bola? Ini penjelasan beliau…

Aliff Syukri

Aliff Syukri kini jadi pemain bola? Ini penjelasan beliau… Menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain bola tersebut mirip dengan Aliff Syukri.

Semalam, kecoh di laman sosial apabila netizen menyamakan pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri.

Menerusi laporan portal Gempak.com Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.

“Congratulation Datuk Aliff Syukri. Sekarang dah jadi pemain bola sepak dah… serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!” tulis seorang pengguna Twitter.

Pengikut Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: “Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk,” tulis individu berkenaan.

Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?

@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @kanis997 ♬ bunyi asal – Terlajaklaris

“Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki” ungkapnya dalam nada berseloroh.

Aliff Syukri kini jadi pemain bola? Ini penjelasan beliau...

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan respons positif terhadap kesamaan wajah mereka berdua.

Aliff secara spontan kemudian menjawab: “Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?

“Betul sebiji sama macam Datuk. Betul lah Datuk, kita di dunia ni ada tujuh kembar. Mungkin ada lagi di India, China, Pakistan, Bangladesh…” tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya Aliff mengenakan jersi bola sepak seperti Salih Ucan.

“Lepas ni Datuk pose pakai baju dan seluar bola pula, lagi sama,” tulis netizen.

BACA JUGA: 

Seramai 1,157 pemandu mabuk ditahan di Kuala Lumpur sepanjang 2021

Ini 7 kelebihan antenna sirip yu yang tak ramai orang tahu

Pecahkan cermin kereta setelah anjing dilanggar, netizen sokong tindakan lelaki itu kerana…

CATEGORIES