Netizen menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penyanyi kelahiran Singapura,
Aliff Aziz, yang didakwa melanggar undang-undang jalan raya kerana memandu tanpa lesen.
Aliff Aziz mengakui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu semasa berbual di WhatsApp
Dngan pelakon Ruhainies tentang penukaran nama kereta pemberian Bella Astillah.
Pengakuan tersebut menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen,
yang berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat perkara ini.
Menurut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, sesiapa yang didapati memandu tanpa lesen yang sah
akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.