ALEPPO DAN XINJIANG DALAM LALUAN SUTERA

Dunia dihubungkan oleh pelbagai cara ketika zaman empayar Rom sehinggalah hari ini. Begitu juga Timur dan Barat itu berhubung sejak sekian lama.

Silk Road atau Laluan Sutera merupakan sebuah laluan perdagangan yang menjadi laluan darat dari benua Asia ke benua Eropah. Orang pertama yang memberi gelaran Jalan Sutera adalah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen.

Nama Laluan Sutera diberi bersempena perdagangan sutera yang meluas di China yang turut menjadi rangkaian laluan perdagangan terawal.

Nah, jika kita telusuri Laluan Sutera antara nama tempat yang terlibat adalah Afghanistan, Iran, Syria(Aleppo) dan Turki. China?

Ini yang menarik kerana China adalah antara jalan panjang untuk Laluan Sutera ini. Dan untuk makluman, laluan perdagangan itu juga melalui Xinjiang yang menjadi berita riuh rendah di media sosial beberapa waktu ini.

Oleh sebab itu sebahagian kita yakin ini bukanlah sekadar pentas biasa-biasa. Ianya melibatkan kuasa besar dan perlu dicerna dengan sebaiknya.

Aleppo baru saja menjadikan mata dunia tertumpu kepadanya kerana merek mahu meyakinkan negara itu perlu dimerdekakan dari pemimpin sedia ada.

Penggantinya sudah tentu proksi telunjuk zionis yang secara nyata menampakkan diri mereka dan juga yang berselindung disebalik jubah dan serban.

Muhammad Syafiq Azmi

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka