‘Alasan diluar kotak pemikiran’ DBKL pening dengar alasan penghuni flat degil enggan cabut gril besi

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa penduduk Blok F Wangsa Maju Seksyen 2

Mereka telah diminta untuk mencabut pintu gril besi yang mengganggu laluan awam.

Walau bagaimanapun, laporan Berita Harian menyatakan bahawa keadaan blok flat tersebut masih sama seperti minggu lalu.

Hanya dinding yang diconteng sindiran oleh pihak tertentu kepada pemilik unit kediaman

Disebabkan pemasangan jeriji pada laluan awam flat tersebut, dilaporkan oleh berita itu.

Pengurus bangunan, Nini Farah Syafiqah Geni, 50, mengakui DBKL telah memberikan notis kepada semua penduduk yang memasang jeriji di Blok F1 untuk membuka semula binaan tersebut dalam tempoh 14 hari bermula 10 Januari lalu.

“Sekiranya mereka tidak membuka, DBKL akan turun untuk membukanya. Ada penduduk yang bertanya kepada kami mengapa hanya blok mereka yang diberikan notis. Saya menjelaskan bahawa perumahan berstrata tidak membenarkan ubah suai sedemikian. Jika ada kejadian yang serupa di blok lain, penduduk Blok F1 juga boleh membuat laporan kepada DBKL,” katanya ketika ditemu bual.

Difahamkan, penduduk yang terlibat telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan mereka.

“Laporan polis itu dibuat untuk menjelaskan kepada DBKL bahawa pagar tersebut dipasang bukan atas dasar suka-suka. Dahulu pernah terjadi kejadian pecah rumah dan juga mengintai. Sebagai langkah keselamatan, penduduk di blok tersebut memasang jeriji,” katanya.

Beliau juga menjangkakan isu ini akan dibangkitkan semula pada Mesyuarat Agung Penduduk Flat Wangsa Maju pada bulan Mei ini.

“Untuk masa ini, isu ini boleh dianggap selesai dan tindakan susulan bergantung kepada budi bicara DBKL dan tindakan penduduk,” tambahnya.