Straight to the point jela eh, aku nak luahkan dekat pembaca walaupun cerita ni dah beberapa tahun lepas.
Maafkan ayat penulisan aku yang tak berapa teratur.
Back to beberapa tahun yang lepas, aku ditempatkan di IPT di utara. Geng aku ni ada 8 orang tapi aku
antara yang bukan favourite diorang la senang cerita sebab aku tak pandai bergaul dan introvert. Bukan favourite tapi diperlukan. Faham tak?
Nak dijadikan cerita, aku ni antara yang selalu dekan setiap sem dan test tapi aku sejenis yang tak boleh orang tanya soalan on the spot terus aku tak pandai nak jawab.
So benda ni membuatkan classmates aku ingat aku ni jenis penting diri dan sombong. Tapi aku tak berniat macamtu pun, tolongla faham memang ada spesis aku yang exam ja perform tapi bila soalan on the spot benda simple pun tak boleh jawab.
Dalam geng aku, aku rapat dengan sorang ni iaitu Fira memandangkan dia lagi least favourite nak dibandingkan dengan aku. Aku ni sejenis yang senang kesian dekat orang so aku pun kawan jela walaupun geng-geng aku ni cakap dia slowla, busuk la, annoying tapi dia baik ja korang.
Lupa nak cakap geng aku ni bukan geng ootd semua tu ye. Geng akuni kalau dilihat dari mata kasar, yang positif, yang lemah lembut, tudung pun labuh berhandsock.
Ok so pasal si Fira ni, apa-apa mesti aku akan pastikan dia tak ketinggalan.
Kalau assignment berkumpulan aku akan pilih dia dulu sebab macam aku cakap, aku diperlukan geng aku yang lain sebab akuni budak dekan haha. Kiranya aku sentiasa dengan dia sebab aku dengan dia sama-sama least favourite.
Fast forward, tahun 2019 tahun di mana satu dunia dilanda wabak covid-19.
Mulanya, online class dari rumah dan selepas keadaan reda sedikit, baru kami dibenarkan untuk pulang ke kampus. Kami 8 orang dipisahkan kelas dan aku sama kelas dengan Fira. Tapi yang aku perasan, Fira dah start slow dengan aku dan lagi rapat dengan Nini dan Mia.
Aku juga perasan geng aku yang lain pun macam dah tak ajak aku untuk ke cafe, study group dan sebagainya. Aneh tapi aku biarkan saja memandangkan mereka layan aku baik ja kalau lepak sekali. Itupun aku yang kena pergi cari diorang sendiri.
Lama-lama, aku perasan memang aku macam dipulaukan tapi disebabkan dah last semester aku pun start jauhkan diri.
Tahun berganti tahun, aku wish birthday dekat salah sorang geng aku, Tina. Aku rindu dia yang baik dengan aku tapi mula berubah sejak menjadi roommate Mia.
So, aku tulis panjang-panjang permohonan maaf aku atas salah silap aku dan mempersoalkan kenapa semua menjauh dari aku.
Alangkah terperanjatnya aku, rupanya semuanya berpunca daripada Fira yang memburukkan-burukkan aku. Katanya, aku tinggal dia sorang-sorang dan biarkan dia terkontang kanting group sorang la, aku dah tak layan dia la, tak bagi jawapan la dan sebagainya.
Semuanya diceritakan kepada Mia dan Tina dan mereka pun percaya bulat-bulat. Si Fira ni muka polos tau. Muka yang orang senang kesian.
Aku tunjukkan bukti screenshoot whatsapp Fira mengatakan dia yang cakap nak group dengan Mia dan Nini dan segala bukti chat yang aku layan, tak buang Fira dan sentiasa bagi jawapan assignment dekat dia. Alih-alih aku dipersalahkan.
Aku yang ditinggalkan sorang-sorang masalahnya hahaha. Mia pun percayakan muka polos Fira dan mengatakan aku sombong sebab aku pandai. Orang pandai mana la nak kawan dengan orang biasa.
Aku hairan, sepanjang sem 1-4 tu takkan la tak kenal lagi perangai aku. Bukan nak puji diri, tapi kos printer, jawapan assigment yang aku settlekan semua, makanan pun banyak aku halalkan. Tak pernah aku kedekut sesen pun.
Sejak daritu aku move on, Tina sorang ja tahu pasal benda betulni. Sampai sekarang, aku tak pasti Mia dan Nina still percaya aku ni jahat ke tak. Yang lain tu tak ambil port sangat pun. Biasala geng ramai pun ada puak jugak.
Sampai sekarang aku still contact Fira dan still layan ja setiap cerita Fira pasal masalah dia semua. Korang tahu, kenduri kahwin Fira pun aku sorang yang pergi. Punyala terharu sebab aku sorang ja sanggup pergi haha adoi. Kisah rumahtangga dia, tempat kerja dia semua aku tahu.
Aku okay ja, sebab aku memang jenis tak suka buang kawan. Cuma aku just tak boleh lupa sakit kena pulau tu padahal aku tak buat apa pun. Aku pun tertanya-tanya apa salah aku dekat Fira.
Oh lupa nak cakap, Fira ni gaya percakapan dia memang agak belit sikit, so aku taktaula dia sampaikan tu berbelit dan menimbulkan salah faham bagi pihak Mia dan Nini.
Ni cerita betul tau korang, mungkin nampak simple, tapi ya aku dipulaukan sebab benda yang simple tu la.
Maybe ada lompong-lompong cerita yang tak berapa jelas sebab kalau tulis kang banyak sangat. Lenguh gak ni typing. Kalau admin tak siarkan taktaula haha.
Fira ada call beberapa hari lepas, dia tengah pregnant sekarang. Korang doakan dia tau. Doakan aku jugak untuk lupa pasal kisah ni sebab sekarang aku okay ja dengan semua cuma tak boleh nak lupa.
Sekarang, aku ubah diri aku untuk tak kesiankan orang sangat sebab alih-alih aku jugak yang nampak jahat. Alam pekerjaan ni lagila banyak toksik. Aku takut.
– Ara (Bukan nama sebenar)
BACA: Bekas MB Perlis didakwa tempah percutian keluarga guna dana kerajaan – Saksi