“Aku tunggu anak habis solat sekali aku nampak pakcik hantar makcik ke ruang solat, bila aku tanya kenapa jawapan pakcik buat aku sebak”

Oleh INFORAKYAT

“Aku tunggu anak habis solat sekali aku nampak pakcik hantar makcik ke ruang solat, bila aku tanya kenapa jawapan pakcik buat aku sebak”.

Hari tu, sambil tunggu bini dan anak solat Asar, saya duduk kejap kat kerusi yang ada kat masjid tu.

Tiba-tiba datang sebuah kereta Axia parking dekat saya. Keluarlah sorang pak cik.

"Aku tunggu anak habis solat sekali aku nampak pakcik hantar makcik ke ruang solat, bila aku tanya kenapa jawapan pakcik buat aku sebak"

Pak cik tu bukakan pintu kereta belah penumpang dan terus pegang tangan sorang mak cik terus masuk dalam masjid.

Lama lepas tu pak cik datang semula kat kereta. Dia senyum kat saya.

Macam pelik mak cik tu takde, saya pun tanya, ‘Mak cik mana pak cik?’.

Pak cik tu jawab: ‘Oh pak cik hantar mak cik kat ruang solat perempuan. Pak cik bukakan kipas, buka lampu. Kami datang awal ni sempatlah mak cik baca Al-Quran, zikir kejap sambil tunggu maghrib..’

Allahuakbar. Bila dengar jawapan pak cik ni terus rasa sebak. Bila cerita soal ‘kebersamaan pasangan’, kita selalu fikir nak pakai baju sama, nak keluar shopping sama-sama, kan? Tapi pak cik ni ajar saya bahawa hakikat ‘kebersamaan pasangan’ ialah bila kita dapat pimpin tangan isteri kita untuk sama-sama jadi pasangan bahagia dunia akhirat. Inilah kebersamaan hakiki.

Nak tolong bini ni bukan sekadar tolong basuh pinggan, tolong basuh sinki, tapi yang paling penting ialah tolong guide isteri untuk sama-sama berpimpin tangan untuk masuk Syurga.

Betul tak suami-suami dan isteri-isteri semua?
.

(p/s: Sharelah ya kalau kisah pak cik ni bermanfaat untuk kita jadikan sebagai pedoman hidup kita.. Saya berdoa semoga saya, Muhammad Yusof dan semua lelaki yang bergelar suami jadi suami yang baik macam pak cik ni.. Amin..)

BACA:

Macam ada ‘orang dalam’ yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat

Asyik lupa renew lesen tapi tarikh birthday je ingat? Kini lesen memandu boleh renew sampai 10 tahun!