“Aku tolak ‘ajakan’ suami sebab penat urus anak, sekali ini dia buat depan mata aku! Sanggup dia bawa perempuan lain balik rumah!”
Semakin hari, netizen semakin selesa untuk bersembang tentang tips keharmonian rumah tangga atau beri pandangan masing-masing berdasarkan pengalaman menjadi suami atau isteri.
Begitu juga cerita tentang perangai suami atau isteri yang dibuat oleh netizen tanpa mendedahkan identiti mereka sekadar untuk meluahkan.
Namun, luahan seorang isteri baru-baru ini telah meraih perhatian ramai netizen yang terkejut dengan tindakan suaminya.
Cerita wanita itu, dia menolak untuk bersama suami kerana terlalu penat bekerja dan menguruskan 3 anak yang masih kecil.
Bawak balik what???? pic.twitter.com/gKV3gmMVYh
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) May 17, 2023
Keesokan hari, suaminya dengan selamba dan tanpa rasa berdosa telah membawa pulang wanita lain untuk melayani nafsunya.
Luahan tersebut mengundang kecaman ramai warganet di Twitter yang menghemburkan kata-kata ‘pedas’ kepada lelaki berkenaan.
Ramai turut berkongsi dan membuka cerita tentang pengalaman yang lebih kurang sama dilalui oleh orang di sekeliling mereka.
Memang tidak elok untuk kita kongsi tentang keburukan pasangan namun mungkin mereka ini tiada tempat untuk mengadu jadi lepaskan di media sosial tanpa sesiapa tahu tanpa identiti diketahui.
BACA:
Terlibat dengan kes rasuah projek telekomunikasi bernilai RM2 billion, bekas Menteri Kanan ditahan