“Aku tinggalkan anak dengan pak mertua, aku pelik anak tak pakai pampers, tak sangka ini pak mertua aku buat!
Sebelum itu saya ingin minta maaf jika luahan saya ini mengandungi unsur unsur yang tak berapa sesuai dibaca.
Saya seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun 8 bulan.
Perkara ini berlaku pada bulan puasa tahun lepas di mana suami ajak saya pergi ke KL atas urusan jual beli kereta.
Suami mengajak ayah mertua sekali atas alasan supaya boleh bergilir gilir membawa kereta. Setelah sampai ke tempat yang kami ingin pergi, saya menolak untuk mengikuti suami berjumpa dengan orang tersebut sebab mengantuk dan memberikan alasan takde orang jaga anak.
Ayah mertua saya menyuruh saya agar ikut suami dan menawarkan diri untuk jaga anak saya iaitu cucu dia. Tempoh berjumpa dengan orang tersebut mengambil masa 1 jam lebih. Setelah selesai, saya dan suami ingin kembali ke kereta dan melihat anak saya sedang menangis.
Saya mengambil anak saya daripada ayah mertua dan melihat anak saya tak pakai pampers. Ayah mertua bagitahu yang anak saya buang air besar. Saya membaringkan anak saya dekat tempat duduk penumpang belakang lalu lantas menyelak seluar anak saya. Saya terkedu
Anak saya masa tu memakai baby romper yang jenis seluar pendek pada masa tu dengan jelas saya ternampak ada drah berdekatan dengan kemaluan anak saya. Saya lap dengan jari sebab inginkan kepastian sama ada itu betul betul drah atau bukan.
Dan ternyata, ya. Memang betul betul drah. Saya mula berasa berdebar dan tak sedap hati. Kebetulan berdekatan tempat parking ada kedai barang baby dan saya terus mengajak suami ke kedai tersebut atas alasan ingin beli pampers.
Bila dah masuk ke dalam kawasan kedai saya bagitahu suami apa yang saya nampak. Suami tak percaya dan berkata bahawa tu imaginasi saya sahaja. Saya mendiamkan diri dan sepanjang perjalanan balik anak saya tak berhenti menangis dan tak nak duduk kat dalam carseat.
Semenjak dari kejadian tu saya menjadi seorang yang sukar tidur malam, fobia bila anak menangis dan menjadi seorang ibu yang paran0id. Setahun dah berlalu dan setiap kali saya buka mulut pasal kejadian tu suami akan marah saya balik dan bagitahu yang saya sengaja memburukkan ayah dia.
Saya buntu dan setiap kali teringat akan kejadian tu saya akan menangis. Saya jadi takut untuk balik ke rumah keluarga suami sebab ayah mertua selalu bawa anak saya keluar jalan jalan naik kereta atas alasan anak berpeluh dan nak ambik angin.
Petang tadi saya buka mulut pasal hal tu dan suami marah saya dan mengatakan saya sengaja memburukkan ayah dia. Saya dah cuba berfikiran positif tapi tak boleh. Kalau betul ayah mertua saya tak berbuat apa2 kenapa ada drah pada kem4luan anak saya?
Saya jadi tawar hati dengan sikap suami sebab ambil mudah dengan perkara macam ni..Saya terasa hati sampaikan saya ada terfikir nak berpisah dengan suami atas keselamatan anak saya.
Saya share kat sini sebab saya nak minta pendapat warga KRT apa yang patut saya lakukan. Maaf sebab ayat saya tunggang terbalik. Saya tengah buntu.
Antara Reaksi Reaksi warganet.
Nur Fadhilah – Sorry bab bab anak kalau saya, takde nak bagitahu suami dulu. Terus jumpa doc untuk buat pengesahan.
Lepas tu. Baru lah bersemuka dengan husband dan ayah mertua, dalam kes puan ni. Zaman sekarang ni.
Jangan kan ayah mertua, husband sendiri boleh bernfsu dengan drah daging sendiri! Nauzubillah min zalik.
Rahimah Binti Ismail –Jumpa dan bincang dengan doktor. Jangan senyap, walaupun perkara ni dah setahun berlalu.
Jangan rosakkan masa depan puan dan anak puan. Mungkin masa baby dia tak trauma, tapi proses pembesaran dia akn terganggu dari segi em0si dan mental.
Minta maaf jika saya tersalah cakap, jika perkara ini berlanjutan tanpa sebarang tindakan, kemungkinan perkara ini akan menjadi perkara normal bagi ank anak yang sedang membesar. Saya harap puan faham maksud saya.
Nurfarahiyah Iwani – Puan, saya harap puan cepat bertindak, jangan biarkan persoalan itu terus menjadi persoalan.
Puan kena bertindak. Kuatkan semangat. Ingat walau apa pun berlaku. Iya atau tidak. Ia tetap bahaya apatah lagi puan ada maklumkan ayah mertua puan ada bawa anak puan untuk jalan jalan kan.
Bagaimana dengann nasib anak puan. Masa depan dia.. Tak kan puan nak senyap kan je.. Kita sebagai seorang ibu patut melindungi anak kita.
Bawa ke klinik atau hospital. Tak perlu lah tggu kepercayaan suami jika dia susah utk terima pandagn puan.. Bawa je sendiri. Bertindak sendiri. Kita ibu. Moga semua nya di permudahkan ye.
Sem Nomes –Sepatutnya suami mendengar, bukan dia tak kenal isteri dia jenis penipu atau tak, jenis suka burukkan orang atau tak.
Zaman sekarang manusia tapi perangai syaiitan. tak payah dah balik rumah ayah mentua selagi dia hidup!
Norazlin Niza – Cukuplah mencemuh. Bagi suggestions solutions apa nak di buat. Bukan mengeruhkan lagi perasaan si ibu.
1. Jauhkan anak dari suspek.
2. Bawa anak ke hospital untuk check up… andai ada kesan koyakan lama masih boleh dikesan.
3. Bila kes pasti benar dengan laporan doctor, ambillah tindakan sewajarnya (laporan polis)
BACA:
Ada ahli parlimen dari DAP dah berpuasa sejak 10 tahun lalu? Ini punca dia ikut puasa tiap Ramadan
Lama berdiam diri dikecam skandal dengan Boss cina, akhirnya Mira buka mulut buat Amoi terkedu