“Aku tinggal dengan mak ayah, sejak abang ipar tinggal sekali aku banyak mengalah, kerana kelakuan abang ipar buatkan aku terpaksa bertudung labuh dalam rumah sendiri”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Aku tertarik nak kongsi kisah aku, adik yang ke 9 daripada 10 orang beradik.

Memang dari kecil aku tak pernah duduk jauh dari mak abah selama 20 tahun hidup. Masuk asrama ke kolej memang tak.

Pernah jugak hampir nak terima tawaran ipta, tapi faktor kesihatan aku mak tak izinkan aku sambung belajar.

"Aku tinggal dengan mak ayah, sejak abang ipar tinggal sekali aku banyak mengalah, kerana kelakuan abang ipar buatkan aku terpaksa bertudung labuh dalam rumah sendiri"

So, rumah ni lah dunia aku kalau tak ke mana-mana. Macam seronok kan duduk rumah dengan mak abah je? Tapi sebaliknya yang aku rasa.

Dalam rumah ni ada 3 buah keluarga. Family aku, abang aku+isteri dia+sorang anak buah aku, kakak aku+suami dia+sorang ank buah aku. Masing2 memang ada sorang anak. Lepas tu ada 2 orang abang aku yg still single dan adik aku.

Yang lain dah berkahwin dan ada rumah masing2. Sorang abang aku belajar dekat utara, sorang kakak dekat oversea. Jarang baliklah kan. Yang aku nak cerita ni tentang kakak aku.

Dia dah 10 tahun kahwin dan duduk serumah sekali dengan kami. Abang aku yang duduk sekali dengan kami tu pun dah 2 tahun kahwin dan nak pindah minggu depan sebab rumah dia dah siap alhamdulillah. Aku salute orang yang kahwin dan berdikari sendiri, tak duduk dengan mak ayah.

Ye aku paham kadang masalah ekonomi buatkan orang yang berkahwin pilih untuk duduk dengan mak ayah, atau diorang nak jaga mak ayah yang dah berusia dll. Aku faham situasi tu. Tapi yang aku perhati kakak aku dengan suami dia, diorang tak usaha ke arah nak kukuhkan ekonomi keluarga.

Dua-dua pangkat dr phd dalam bidang agama, tapi bekerja jual produk kecantikan yang keuntungannya tak menentu tanpa cuba carik kerja tetap. Ramai yang offer diorang kerja jadi cikgu, mengajar dekat sekolah dll. Aku tahu sebab ayah mertua kakak aku pun pengetua dekat sekolah menengah. Maknanya dengan kelayakan diorang, boleh sangat dah nak mohon kerja apapun yang lebih stabil.

Tapi kakak aku kata, suami dia tak suka penat2. Kalau jadi ustaz atau cikgu, s4kit kepala katanya nak layan ragam pelajar. Aku akuilah benda tu sebab aku pun cikgu kanak-kanak. Tapi sampai bila weh korang nak hidup bergantung dengan mak abah? Bil air, api, duit makan mak abah yang keluarkan tiap bulan. Seronok ke macam tu? Aku anak kedua last, perempuan pulak tu.

Memang aku selalu jadi telinga mak aku. Mak aku keluhkan itu, risaukan ini, peningkan hal dia. Aku sabar je dengar, sebab itu je cara yang mak aku ada untuk meluah. Dan aku tak sanggup nak dengar bila mak aku kata dia penat jaga cucu dia, basuh dan sidai baju kakak aku tiap hari kalau aku keluar kerja. What? Baju laki bini pun mak yang kena basuh sidai bagai ke?

Sedangkan kalau sebelum aku keluar, aku akan basuh baju dulu sebab taknak mak yang buat. Tu belum lagi bab masak. Aku balik kerja je kadang tengok mak aku tak sempat masak. Dan sebagai anak dan adik yang fikirkan abang-abang aku yang akan balik kerja dalam keadaan lapar, aku masak tiap hari. Tapi kakak aku, dia nampak je aku dah masak dan hidang, cepat-cepat dia panggil suami dia makan.

Kadang lauk semua dihabiskan, tak tinggalkan untuk abang-abang aku pun. Sebab tu aku pun sekali malas nak makan. Kalau kadang-kadang je macam tu, aku tak kisah. Ni hari-hari. Kau kenapa pelik sangat kak? Aku bukan tak pernah slowtalk dengan dia, cakap hati ke hati. Banyak kali dah.

Alasan dia, kau belum kahwin mana faham keadaan akak. Akak mana ada duit nak buat rumah blablabla. Sedangkan abang aku yang baru 2 tahun kahwin dan ekonomi dia sendiri masih tak stabil pun dah siap rumah sendiri. Dia buat sikit-sikit sampai siap sebiji rumah tu. Walau susah macam mana pun, dia cuba tak bebankan mak abah sebab tanah pun mak abah dah bahagikan untuk semua adik beradik, tinggal modalkan untuk buat rumah je.

Pernah sekali aku luahkan dekat dia, yang aku rimas pakai tudung 24jam dalam rumah. Yelah, 10 tahun aku macam strangers dalam rumah sendiri. Kena pakai baju labuh, seluar dan skirt labuh, tudung labuh, mesti ada perasaan memberontak dalam diri walau aku tahu je, hukum islam tu rahmat buat kita, menjaga kehormatan kita walaupun dengan abang ipar sendiri.

Tapi akak aku boleh gelak dan cakap, “nasib kaulah. Dah memang kena tutup aurat dengan dia kan.” ya allah. Aku luahkan dengan harapan dia faham keadaan aku. Kadang kita nakkan privasi dalam rumah sendiri, tapi sejak 10 tahun lepas aku macam menumpang dalam rumah sendiri.

Sekarang ni memang aku zip mulut rapat-rapat, aku diamkan aku pendam apa yang aku rasa. Sebab kalau aku atau mak cakap kat dia, dia sentap dan merajuk. Aku tak suka keadaan tu. Aku mengaku, aku pemalas sikit nak kemas rumah.

Tapi mak aku tahu, aku tak suka menyapu atau mengemas ruang tamu sebab abang ipar aku sentiasa ada dalam rumah. Aku terangkan semua sebab-sebabnya dekat mak, dan mak sangat memahami. Tapi hal-hal dapur memang aku cuba settlekn, memasak basuh baju dll.

Lepas tu ada satu hari tu aku kemas ruang tamu, mop lantai bila abang ipar aku keluar. Kakak aku dengan selambanya ambik gambar semua sudut rumah yang aku kemas dan post dalam group whatsapp family dengan caption, “tengok ni adik korang tiba-tiba rajin kemas rumah. Selama ni tak pun.” jujur, hancur sangat hati aku time tu.

Dan mulalah abang kakak aku balas, “dik lepas ni rajin-rajin kemas ek.”, “kalau hari-hari kemas rumah macam ni kan bagus”, “selalulah tolong mak, jangan duduk dalam bilik je dik”, kata diorang yang tak duduk serumah dengan aku.

Seolah-olah diorang tahu aku yang pemalas dalam rumah ni. Benda tu buatkan aku terfikir, apa yang kakak cerita dekat diorang sampai macam ni aku kena? Sedangkan realiti dekat rumah bukan macam tu pun.

Kakak aku yang duduk oversea pernah mesej aku, nasihat aku suruh jadi rajin tolong mak. Aku tanya dia, siapa yang cakap aku tak pernah buat kerja rumah? Dia cuma cakap, dia tahu semua benda yang jadi dekat rumah walaupun dia tak ada.

Sedangkan dia duduk jauh, dia tak tahu pun hal sebenar. Aku pun tak pernah nak cerita dekat dia, sebab bukan sikap aku nak aibkan sesiapa dekat adik beradik lain.

Disebabkan peristiwa dalam whatsapp tu, aku terpaksa cerita semua dekat mak aku. Perasaan aku selama 10 tahun tinggal serumah dengan kakak dan abang ipar, semua aku luahkan. Tak pernah aku meluah sampai 3 jam lamanya tanpa henti.

Dan aku sangat terkejut tengok mak menangis. Mak kata, “biarlah yang lain tak tahu cerita sebenar kak. Yang penting kakak tak macam tu pun dalam rumah ni.”

Aku tak ada niat nak buat mak pening, tapi aku s4kit pendam sendiri. Aku peluk menangis dekat mak, sebab aku dah tak tahan simpan semua ni. Pernah jugak kakak tegur aku, dia kata aku macam tak solat dan baca al-quran. Sebab bilik kami sebelah-sebelah, dia tak pernah dengar pun aku baca. Allah. Detik tu memang aku tersangat marah.

Direct aku cakap dekat dia, memang aku sorok-sorok baca al-quran sebab dulu awal perkahwinan diorang dia pernah tegur aku jangan baca al-quran kuat-kuat sampai abang ipar aku dengar. Start daripada tu memang aku tak pernah baca al-quran kuat dalam rumah sendiri. Tak pernah weh. Nak baca bertaranum bagai, memang aku tunggu abang ipar aku tak ada dekat rumah.

Apa lagi yang kakak nak aku ikut sebenarnya? Aku dalam rumah sendiri, tapi dengan segala peraturan yang dia buat. Dan aku sebagai adik, banyak ikut je sebab tak nak s4kitkan hati dia. Sampai satu tahap mak aku cakap, “kahwinlah cepat kak. Buat rumah sendiri dan tak tinggal dengan mak. Nanti tak s4kit lagi.”

Menangis aku mak cakap macam tu. Mak tak boleh paksa kakak aku lagi, sebab semua atas keputusan diorang suami isteri untuk buat sesuatu dengan keadaan diorang sekarang. Cakap banyak kali tapi melukakan, itu bukan cara mak. Kakak, kalau kau baca confession ni tolonglah faham kak. Aku sayang kau. Aku korbankan perasaan aku selama ni sebab nak jaga hati kau.

Sampaikan anak kau pun sekarang 24jam pakai tudung, sebab nak ikut cara pemakaian aku dalam rumah. Aku tahu hikmahnya, secara tak langsung mendidik dia tutup aurat walaupun kecik lagi.

Tapi aku tak tahu apa yang kau nak lagi sebenarnya kak. Aibkan aku dekat adik beradik lain, aku tak kisah sangat. Tapi kau dengan abang golongan terpelajar, korang carilah kerja yang lebih stabil.

Takkan aku sebagai adik ni nak cakap benda tu banyak kali? Aku rindu privasi dalam rumah sendiri kak. Aku pun teringin nak keluar bilik dalam keadaan tak payah pakai baju tudung besar-besar, aku teringin nak bebas dalam rumah sendiri. Kau tak rasa kak s4kitnya terkongkong dengan batasan, sedangkan mak abah tak pernah buat aku macam ni.

Aku bersyukur sebab maklah yang jadi kekuatan aku. Kadang kalau aku nak mengeluh, aku terpujuk tengok muka mak. Biarlah aku s4kit hati macam mana pun, asalkan aku tetap ada dengan mak abah. Cuba korang bagi suggestion, cara macam mana lagi aku nak buat ek? Ke aku yang kena mengalah kuatkan hati dan mental sendiri je?– adik yang menumpang.

Jom kita lihat apa kata warganet

Syafina Zul –Sy memegang prinsip utk diri sy, emak dan bapa tiada hak mengatur rumah anak menantu. Prinsip ni bukan suka suka, tp diajar bg memastikan keharmonian dlm rumahtangga.

Nik Nur Raidah –Please bincang dengan suami sis..jgn pendam seorg diri.. menantu selamanya akan jd menantu, takkan pernah dianggap anak perempuan..sebab tu ada pepatah kata jauh bau bunga, dekat bau t4hi.

Alicia Goldstone –Sis confessor, senang cerita. Kalau tak mampu nak berterus terang dengan encik suami. Apa kata, screenshot kisah ni then whatsapp kat dier, “masalah kita sama dengan ni, bang”.

Nur Athirah Ahmad –Pagi tdi aku terbaca satu coretan dari org yg taw bab agama nie. Pasal hubungan adik beradik (ipar duai). Taw x sebenarnya xboleh berdua-duaan dgn ipar duai hatta di dlm kenderaan kerana dia adalah org asing yg ada batas aurat.

Suami puan sepatutnya menjaga aurat puan. Dh rumah kita, kenapa nk bgi kunci kt org sdgkn rumah mak ada. tak terbyg kita dok dlm bilik air tiba tiba ipar masuk rumah tgk kita kluar bilik air. Kalaula setan tiba tiba tabur garam. Ntahla apa yg jadi.

Utk suami sis, cukup cukup la bertanggungjawab sampai hati isteri disakiti. Nanti nk jwb depan Allah mcm mana. Aurat isterinya, hati isteri. Nk jwb dgn apa. Tanggungjawab pada mak boleh dilunaskan tanpa perlu abaikan tanggungjawab dan hak isteri.

Masni Azhari –Salam…pernah satu masa..aku ada bibik .. sebelum tu dia bekerja diarab saudi.. tugasnya hanya menjaga emak tua..mereka tinggal bersama anak lelaki..tetapi dibahagian lain rumah itu..ada bilik sendiri, ada dapur dan ruang tamu sendiri.

Makanan dimasak didapur utama dan dibawa masuk kebilik emak tua..waktu ptg anak dan cucu datang kebilik tersebut.. Itu yg terbaik sebenarnya..emak tak payah susah susah pergi kedapur..makanan siap hanya hantar kebilik..

E tua habiskan masa beribadat sahaja.. Kepada emak yg tinggal dgn anak ..biarlah anak menguruskan hidup mereka sendiri..kita tak payah masuk campur.. Lebih baik kita tumpu pada ibadat..

Tiya Smilove –Stupid sungguh la suami puan ni. Dia tak tahu ke boleh timbul fitnah antara puan dan ipar lelaki tu? Panggil orang tukar kunci. Buat house rules baru dan bincang dengan semua orang. Kalau susah bincang depan-depan, tubuhkan WhatsApp group…

haa bertekak la kat situ sampai puas. Pelik jugak, tak nak jaga mak tapi semakk asyik datang bertandang. Kalau dah camtu gayanya, elok bergilir-gilir jaga mak

Leo Ku –Memang tanggungjawab lelaki untuk menjaga emak bapa. Tapi dah berkahwin kan, perlulah adil kepada isteri. Tiada istilah emak hanya seorang, isteri boleh cari lain. Yang bangang je boleh cakap camtu. Sebagai seorang suami, kena berlaku adil.

Jika nampak emak tidak berlalu adil kepada si isteri, cuba tanya kenapa. Kalau tidak boleh selesai berbincanglah dgn adik beradik lelaki lain. Jangan biarkan emak zalimi isteri, dan begitu juga sebaliknya.- Ayunadira (Bukan nama sebenar)

BACA: Pekerja kantin sekolah tunjuk cara betul cuci duit, ‘confirm’ SPRM tak perasan